19 Februari 2015

Tarian gelek di Bazar Karat JB 'amat memalukan' - Exco Agama Johor


Aksi tarian gelak di Bazar Karat, Johor Bahru oleh penari dipercayai warga asing telah mengundang kecaman daripada orang ramai.

Pertunjukkan penari tarian gelek berpakaian menjolok mata di Bazar Karat, Johor Bahru mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri Johor.

Ini kerana pertunjukkan oleh wanita dipercayai warga asing sambil diiringi oleh muzik Arab turut ditonton kanak-kanak.

Ramai pengguna media sosial mahukan pertunjukan menjolok mata itu dihentikan dan penari terbabit ditahan serta pihak yang bertanggungjawab ke atasnya ditahan.

Bazar Karat yang amat popular dalam kalangan penduduk Johor Bharu dan dikunjungi oleh ribuan pelawat dalam serta luar negara terutamanya daripada Singapura dianjur dan diselaras oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Exco Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, perkara seperti tidak sepatutnya berlaku dan ia telah mencemarkan imej Bazar Karat.

"Bazar Karat merupakan tempat mencari rezeki dan ia tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak," kata di dalam reaksinya menerusi laman sosial Facebook.

Beliau berkata, rata-rata peniaga di Bazar Karat adalah berbangsa Melayu Islam dan kejadian tarian gelek itu adalah amat memalukan.

Abdul Mutalib percaya ada pihak yang membawa masuk penari tarian gelek itu dan mahukan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit.

Beliau berkata telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru tetapi belum menerima respon daripadanya. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...