17 Februari 2015

BERITA BAIK DARI NEGERI KEDAH, CAJ AIR DITURUNKAN LAGI KERANA HARGA MINYAK DAH TURUN?

JANGAN PERCAYA TAJUK DIATAS KENA BACA SAMPAI HABIS DULU..........


Kenyataan Media

Pelarasan Deposit Bekalan Air SADA: Kerajaan Negeri atasi kelemahan dengan memeras pengguna.


Sada adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah, ditubuhkan pada 1 Januari 2010, sebagai syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Pengkopratan JBA dengan menubuhkan SADA antara lain bertujuan menjaga kepentingan rakyat Negeri Kedah supaya mendapat bekalan air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan dan World Health Organisation (WHO) pada kadar yang lebih murah berbanding negeri-negeri lain.

1. Hutang

Setelah berlaku kenaikan tarif air di Kedah pada Oktober 2010 akibat bebanan hutang bekalan air kepada pusat sebanyak RM1.7 bilion tinggalan kerajaan BN sebelum 2008 yang perlu dibayar, rakyat Kedah kini terpaksa membayar pula pelarasan deposit sehingga antara RM50-RM70 setiap akaun. Apakah rasional pelarasan deposit Sada ini?

2. Apakah Rasional Menaikkan kadar Deposit?

Jika kenaikan tarif pada 1 Oktober 2010 dipaksa ke atas rakyat Kedah melalui pewartaan kadar baru oleh Kabinet Kerajaan Persekutuan (Warta Kerajaan Persekutuan Jilid 54, No. 20, bertarikh 1 Oktober 2010, P.U. (A) 332 di bawah Tajuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 84(2)(a) dan 179 (i) Akta 655), apakah sandaran bagi Kerajaan Negeri Kedah sekarang menaikkan kadar deposit bekalan air? Adakah satu warta baru oleh kerajaan pusat untuk mewajarkannya?

3. Bertentangan dengan Akujanji BN dan janji pemimpin UMNO

Kenaikan kadar deposit yang 'dilapik' dengan istilah 'pelarasan' ini bertentangan dengan Akujanji Barisan Nasional Kedah dalam PRU-13, berlawanan dengan motto 'BN menang Kedah Senang' yang sering dilaungkan, malah bertentangan dengan janji Setiausaha UMNO Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad pada 14 Oktober 2010 untuk menurunkan kadar tarif air jika BN menang pada PRU-13 yang lalu (Utusan Malaysia 14/10/2010).


4. Kerajaan BN jana keuntungan 'atas angin' dengan wang rakyat

PAS Kedah bimbang tindakan menaikkan kadar deposit ini bertujuan meletakkan beban krisis kewangan kerajaan dibahu pengguna bekalan air iaitu rakyat Negeri Kedah. Daripada sejumlah 540,000 pemegang akaun bekalan air, berapakah jumlah wang yang dapat dikumpulkan dengan kenaikan antara RM50-RM70 untuk setiap akaun? Berapakah keuntungan atas angin apabila wang ini dilaburkan di simpanan tetap (FD) atau Repo di institusi kewangan?

Sekiranya pelarasan ini melibatkan 300,000 akaun dan purata pelarasan ialah RM60 setiap akaun, kerajaan melalui SADA akan mengumpulkan RM18 juta ringgit. Keuntungan Simpanan Tetap pada kadar minimum 4% setahun akan memberi pulangan 'atas angin' sebanyak RM720,000 setahun kepada kerajaan melalui SADA. Jumlah itu belum dicampur dengan jumlah kutipan deposit biasa sekitar RM300,000 hingga RM2.4 juta setiap bulan. Wang deposit terkumpul ini hanya akan dipulangkan setelah akaun bekalan air ditutup atas kehendak pengguna. Ia sesuatu yang jarang terjadi.

5. Kuda Tunggangan

Langkah kerajaan BN membebankan kewangan SADA melalui arahan penajaan program politik pemimpin kerajaan, persatuan sukan, dan CSR selain bayaran wajib kepada pemegang saham (kerajaan negeri) akan membebankan pengguna secara langsung. Kami khuatir langkah terbaru ini mempunyai kaitan dengan hal ini. Sekiranya SADA yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini dengan matlamat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kini dijadikan kuda tunggangan kerajaan BN untuk mengatasi kelembapan prestasi kewangan kerajaan, ia adalah sesuatu yang amat malang bagi Kedah.

6. Seleweng dan khianati perjanjian

Kebimbangan kami sangat berasas kerana berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, pihak kerajaan Negeri Kedah telah didapati gagal melunaskan bayaran kepada sebuah syarikat pemegang konsesi bekalan air seperti yang termaktub dalam perjanjian penswastaan bekalan air antara syarikat itu dengan kerajaan negeri.

 Walaupun PAS Kedah menentang perjanjian yang merugikan kerajaan dan rakyat yang dibuat di zaman BN itu, tetapi tindakan kerajaan menggunakan wang yang telah diserahkan oleh SADA kepada kerajaan bagi tujuan lain, tidak membuat bayaran kepada syarikat itu, adalah satu pengkhianatan perjanjian. Kerajaan negeri harus bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sekiranya maklumat yang disampaikan kepada kami ini benar.

Sudahlah perjanjian itu telah membebankan kerajaan dan merugikan rakyat, tindakan menggunakan wang melebihi RM 35 juta itu untuk mengatasi masalah krisis kewangan kerajaan Barisan Nasional Kedah adalah amat memalukan.? 


Kerajaan PAS/PR sebelum ini tidak menghadapi masalah kewangan yang runcing sehingga ke tahap ini, walaupun PR tidak memerintah di peringkat persekutuan. Inikah transformasi yang ingin dipacu oleh Barisan Nasional Kedah setelah menabur janji menjelang PRU-13 yang lalu?

Dato' Hj Mahfuz Omar
Pesuruhjaya PAS Kedah
17 Febuari 2015

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat kedah.

SuJeng berkata...

X pela.... Gunakn kuasa undi sebaiknya nnti yea..

Unknown berkata...

Kami sekeluarga ingin mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI DARMO atas bantuannya
saya menang togel yang pertama kalinya,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang SOPIR ANKOT
yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi
kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman
saya mengenai prediksI AKI DARMO yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin
tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI DARMO dan saya pun menghubunginya..??
Berkat bantuan KI yang telah memberikan anka “GHOIB” nya 3D yaitu,(2024 ) dan alhamdulillah itu
ternyata terbukti….sekaran anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas bantuan AKI
bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goip yang di jamin 100%
kemenangan hbg AKI DARMO di nmr; 082-310-142-255 ini bukti nyata bukan rekayasa
,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2
,hanya AKI DARMO yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti hbg sekaran AKI DARMO, 082-310-142-255 terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...