16 Februari 2015

KREDIBILITI SHAFEE ABDULLAH SEBAGI SURUHANJAYA AICHR DIERTIKAIKAN KERANA PROKSI UMNO?




Shafee tak layak jadi pengerusi hak asasi manusia Asean, kata Pakatan



(Dari kiri) Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hisao Leung, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah perlu meletakkan jawatannya kerana tidak mampu memenuhi kehendak rakyat yang mengharapkan beliau tidak tunduk kepada tindakan salah laku kerajaan Barisan Nasional.

Kredibiliti Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) tercalar kerana kaitannya dengan parti pemerintah Umno, "satu kesalahan pencabulan hak asasi manusia paling buruk di Malaysia", kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini.


Katanya, peguam Umno itu perlu meletakkan jawatannya kerana tidak mampu memenuhi kehendak rakyat yang mengharapkan beliau tidak tunduk kepada tindakan salah laku kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Shafee ada hubungan rapat malah menjadi penasihat kepada kerajaan pemerintah," kata peguam PKR Gooi Hisao Leung, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dalam kenyataan bersama yang dibacakan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Dengan latar belakangnya sebagai proksi Umno, tidak ada harapan Muhammad Shafee mampu melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi AICHR dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak asasi manusia dalam negara dan rantau Asean."

Gooi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, walaupun tidak ada tarikh rasmi pelantikan Shafee, tetapi beliau sudah mula memulakan tugas rasminya sebagai pengerusi AIHCR dengan mempengerusikan badan itu pada 11 hingga 14 Februari lalu di Kuala Lumpur.

Katanya, Shafee memegang jawatan itu apabila Malaysia mempengerusikan Asean tahun ini.

Shafee sebelum ini wakil AICHR Malaysia, dan berkhidmat sejak tahun 2009 hingga hujung tahun ini.

Shafee dikatakan mempengerusikan mesyuarat pada sehari selepas Umno "mengenakan hukuman politik" memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber

1 ulasan:

Miss Vee berkata...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...