20 Februari 2015

KISAH PROTON EXORA TERBAKAR YANG VIRAL , INI JAWAPAN DARI PROTON

Proton ambil berat isu Exora terbakar


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.

"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.

"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.

Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak heran.
La ni banyak kenderaan terbakar. Cuma yang ni sebab iru kereta proton.
Sebelum ni pun banyak kereta terbakar. Lori pun banyak terbakar. Tapi tak ada yang peduli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...