15 Februari 2015

KENYATAAN TERBUKA OLEH YDP PAS KUALA KRAI MENGENAI DR.HATTA RAMLI

Hasil carian imej untuk DR.HATTA RAMLI

Kenyataan Akhbar
15/2/2015

Awalnya saya kurang berminat untuk terlibat dalam isu yang melibatkan Saudara Dr Hatta Ramli. Bagi saya, ia adalah lebih kepada salah faham.

Tetapi di saat kita masih bersedih dengan kehilangan Tok Guru kesayangan kita, kita dikejutkan dengan insiden pembakaran kereta Saudara Dr Hatta Ramli yang berlaku sehari selepas pemergian Tok Guru. Saya berasakan perlu mencatatkan sesuatu.

Saudara Dr Hatta adalah seorang pejuang yang tahan uji yang telah berkorban untuk parti sehingga akhirnya beliau dianugerahkan kepada kami di Kuala Krai sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut-turut 2008 & 2013.

Pengundi Kuala Krai memberi undi kepada beliau kerana beliau mewakili Pas walaupun warga Kuala Krai tidak mengenali beliau.

Semenjak beliau di Kuala Krai, tidak pernah pun beliau menyatakan dalam majlis terbuka atau majlis tertutup untuk berkempen supaya Pas Kuala Krai dapat mendokong perjuangan beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

Jika dikira perwakilan, Kuala Krai antara yang paling ramai berbanding kawasan-kawasan lain dari Kelantan, sepatutnya Kuala Krai dulu beliau pengaruhi.



Hasil carian imej untuk DR.HATTA RAMLI

Saya juga tidak tahu apa cerita sebenar berkaitan "group Whatsapp Hawaii Five O" yang disebut-sebut sehingga berlaku tindakan yang kurang enak di Pejabat Agung Pas minggu lepas oleh sebahagian anggota jemaah Islam terbesar di Malaysia ini.

Saya tidak menganggap diri saya sebagai ulamak tetapi yang pasti saya adalah pencinta ulamak yang juga berlatarbelakangkan agama sejak dari kecil. Terasa cukup malu dengan insiden tersebut yang dipimpin oleh golongan yang mungkin sama latarbelakang mereka dengan saya.

Acap kali sewaktu berucap khususnya dalam program-program tarbiah saya menekankan bahawa tarbiah bukan hanya menghabiskan teks usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain lagi, tetapi yang lebih penting pelaksanaan kepada manhaj tarbawi tersebut dalam diri kita sebagai abna'ul harakah khususnya yang melibatkan akhlak apatah lagi sesama kita.

Janganlah kita menjadi pemusnah kepada parti kita dengan sebab akhlak yang kita tunjukkan.

Memetik pujangga Arab :

إنما الأمم الأخلاق ما بقيت
وإذا ذهبت أخلاقهم ذهبوا

"Sesuatu ummah itu akan kekal selama mereka berakhlak, apabila tiada lagi akhlak disaat itu mereka akan hancur".

Parti kita ada Jawatankuasa Disiplin yang boleh diajukan sebarang aduan salah laku ahli termasuk juga pimpinan untuk disiasat dan diambil tindakan apabila terbukti bersalah. Adakah ada mana-mana ahli atau Pas Kawasan yang telah mengemukan aduan mereka kepada Jawatankuasa Disiplin Parti? Gunalah saluran sedia ada dengan bukti-bukti yang cukup untuk sama-sama kita bersihkan jemaah kita daripada unsur yang boleh merosakkan.

Disaat kami di Kuala Krai berkalut memulihkan keadaan mangsa yang terlibat banjir supaya dapat dipulihkan sesegera mungkin.

Alangkah manisnya jika sahabat-sahabat semua turut serta bertungkus lumus membantu mengurangkan bebanan yang kami terima ini.

Saudara Dr Hatta sendiri, walaupun gelombang pertama beliau berada di Makkah menunaikan umrah tetapi semenjak gelombang kedua berlaku pada 24 Disember 2014 sehinggalah ke saat ini, beliau antara tonggak yang sangat bekerja keras menyalurkan bantuan termasuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada sebahagian besar mangsa yang rumah mereka rosak yang berjumlah lebih 1,600 buah rumah.

Disaat yang sepatutnya semua ahli pas bersama beliau bahu-membahu meringankan bebanan yang berat ini, tiba-tiba beliau dibalas dengan ujian yang seberat itu.

Bagi insiden cubaan membakar kereta beliau pula saya tidak pasti apa motif sebenar? Adakah untuk menakut-nakutkan Saudara Dr Hatta? Atau ada yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh?

Saya penuh yakin Saudara Dr Hatta Ramli tidak akan berganjak walaupun diugut sehebat mana sekalipun.

Apa pun motifnya bagi saya tindakan tersebut adalah tindakan yang tidak bertamadun yang boleh merosakkan iklim politik negara kita.

Saya selaku YDP Pas Kuala Krai mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap insiden yang berlaku itu.

Buat Saudara Dr Hatta Ramli, saya yakin beliau tidak mudah mengalah dengan insiden ini, dan saya berharap beliau akan teruskan perjuangan beliau dengan lebih cekal lagi.

Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang benar dan sabar.

Sekian.

Abdul Latiff Abdul Rahman,
YDP Pas Kuala Krai,
Pondok Sungai Durian

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah anasir UG yang diperjuangkan oleh presiden sendiri dan telah diresapi juak-juak UMNO kedalam PAS kita lihatlah nanti bukan setakat cubaan membakar kereta bahkan akn berlaku lebih dari itu kita telah pun dengar dan tonton dari kaca tv awani Nasa telah berani mengatakan sedikit masa lagi PAS akan buka pintu hidayahnya kepada UMNO dan bergembiralah mereka sementelah pula DSAI berada tdalam penjara.itulah kehendak presiden PAS.

cucu mamak kutty berkata...

aku pernah merasa pas menyertai bn selepas peristiwa 13mei thn 69,maka krn benci dan marah maka aku beralih arah kpd sokongan untuk PSRM,aku mulakan perjuangan baru dlm parti sosialis itu tapi bila pas di tendang keluar dari bn,aku kembali kepada pas semula,kini pas nak jadi mcm dulu semula,buat aku lebih baik pas pergi dan aku akan tin ggalkan pas sekali lagi,tapi kini aku tak risau sbb kini dah ada PASMA.......hidup pasma dan mampuus le ug

PenganutPAS berkata...

Hatta Ramli bantu mangsa banjir Kuala Krai. Hatta Ramli beri rumah sementara kepada mangsa banjir?

Agak agak lah nak menipu pun. Tak takut dosa kerana nak bodek !!!

Tanpa Nama berkata...

penjilat umnu pun masuk daun.puiiii.

Tanpa Nama berkata...

kepada penganut pas tolong masuk kampung batu jong kuala kerai baru boleh bagi konmen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...