01 November 2014

KERANA SAINGAN PASAR BURMA ADUN DITUMBUK!!!

Tumbuk ADUN Kuala Perlis, Penjual Ikan Dipenjara 14 Hari

KANGAR - Seorang peniaga ikan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,000 setelah didapati bersalah mencederakan Adun Kuala Perlis, Mat Hassan dua tahun lalu.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan Fauzi Yusof, 39, dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, Fauzi telah sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mat Hassan di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pada 8 September 2012 kira-kira jam 9.15 pagi.

Hukuman itu berkuat kuasa semalam setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Norhayati melalui penghakimannya berkata, pihak pembelaan yang mengemukakan keterangan tertuduh cuba membela diri selepas diprovok juga tidak memenuhi pra syarat bagi tujuan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Fauzi yang diwakili dua peguam bela, Mohd Asrul Affandi Abdul Halim dan Mohd Hapiz Rajali memohon supaya hukuman penjara terhadap anak guamnya ditangguhkan.

Norhayati kemudian membenarkan hukuman itu ditangguhkan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 sementara menunggu rayuan mereka ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 September 2012, Sinar Harian melaporkan Fauzi yang mempunyai rekod ditahan polis telah menumbuk Mat Hassan gara-gara tidak berpuas hati dengan isu pasar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi menghadiri satu majlis kematian.

Menurutnya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka
.

"Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

"Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut.

“Semasa Mat Hassan ingin bergerak pulang, suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arahnya serta melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan dia mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya,” katanya. -Sinar Haria
n

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...