27 Oktober 2014

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR UM: Program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara"

Pautan kekal imej terbenam
DS Anwar mula berucap di Dataran Canselor,UM - 10.00PM

Pautan kekal imej terbenam

Pemimpin mahasiswa UM, Fahmi Zainol berucap di perkarangan Dataran Tunku Canselor 



Pautan kekal imej terbenam

Larangan berceramah tidak berkesan. Mahasiswa/i dan orang ramai gate crash dan akhir terpaksa dibenarkan masuk.

Pautan kekal imej terbenam



Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

1,000 mahasiswa sedang mara bersolidariti menuju DEWAN TUNKU CANSELOR. Kebebasan Bersuara! (pic via )

Pelajar rempuh pagar UM



Pelajar dan orang ramai cuba merempuh pintu masuk ke Universiti Malaya.

Universiti Malaya (UM) ditutup ketika ini oleh pegawai keselamatan kampus itu sejam sebelum program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" dijadualkan bermula malam ini.

Ketiga-tiga pintu masuk universiti itu ditutup – dua dari arah Petaling Jaya, satu dari Kuala Lumpur – dan tidak satu pun kenderaan dibenarkan masuk.

Terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti ketika ini.

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu asalnya dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus.



Prof Madya Dr Azmi Sharom turut sama kelihatan cuba berunding dengan pengawal agar mereka dibenarkan masuk ke dalam universiti. 

Presiden PMUM Fahmi Zainol yang baru tiba memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.

Lintas langsung dari lokasi program:

9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka.

9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?"

8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan.

8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.

8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.

8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul."

8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.

8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.

8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"

8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.

8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.

8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.

8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar.

8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Timbalan naib canselor (pendidikan) juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini.

8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan.

8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.

8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain.

8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.

8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.

7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku." ~TMI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...