28 Oktober 2014

KANTOI: PENYOKONG SAIFOL DIBAYAR DAN PULANG AWAL!!!


Pakai baju sokong Saiful dapat RM50 seorang



Dua pelajar remaja ini mendakwa mendapat RM50 seorang dan memakai baju bertulis Justice For Saiful di Putrajaya pada 28 Oktober 2014.

Dua pelajar remaja dari Unisel mendakwa menerima RM50 setiap seorang supaya memakai baju Justice For Saiful.

Remaja lelaki dan perempuan yang enggan memberikan namanya itu kemudiannya hadir ke kawasan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Baju itu kemudiannya menjadi bahan pijakan penyokong-penyokong Anwar yang hadir menyokong Ketua Umum PKR itu dalam kes liwatnya.



Salah seorang daripada remaja itu berkata, dia datang berjalan kaki ke mahkamah sebelum dipanggil oleh seorang lelaki di dalam bas berhampiran jambatan di Putrajaya.

"Dia panggil kami dan bagi baju suruh pakai dan berkumpul di kawasan penyokong Saiful. Dia juga bagi RM50 seorang sebagai upah dan kami ambillah," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Malangnya baju itu tidak dipakai oleh mereka kerana kedua-dua remaja itu penyokong Anwar dan hadir di kawasan penyokong Ketua Umum PKR itu berkumpul. Mereka sendiri pun memijak baju tersebut sebagai tanda bantahan kepada Saiful yang kes dakwaannya diliwat Anwar dibicarakan.

Penyokong-penyokong Anwar memijak baju gambar Saiful dan sesetengahnya agresif sambil mencerca dan memaki Saiful.

Selepas dipijak-pijak termasuk oleh golongan wanita yang hadir, baju itu kemudian cuba dibakar.

Semasa insiden itu, sebahagian penyokong Anwar menghalang perbuatan sekumpulan lelaki membakar baju tersebut sehingga berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, situasi dapat dikawal dengan campur tangan anggota polis berhampiran dan api dipadamkan pada baju t-shirt tersebut.--MalaysiaGazette


Penyokong Saiful tak lagi kelihatan

Hujan lebat yang melanda sekitar kawasan pusat pentadbiran Putrajaya menyebabkan kumpulan peserta perhimpunan semakin berkurangan di luar kompleks Istana Kehakiman.

Jumlah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumlah kira-kira 500 orang pada pagi ini berkurangan menjadi sekitar 200 orang sahaja.

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menunjukkan solidariti kes liwat II semakin berkurangan berikutan hujan lebat.

Kumpulan penyokong pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan, pula sudah tidak kelihatan lagi setakat jam 3 petang ini.

Kumpulan penyokong Anwar yang yang setia sejak dari pagi berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman kini berteduh di bawah khemah yang didirikan di hadapan kompleks mahkamah itu.

Sementara menunggu pendengaran itu selesai, para peserta meluangkan masa dengan mendengar ucapan daripada pemimpin dan juga bacaan sajak.

Jumlah anggota polis yang memantau perhimpunan itu juga semakin berkurangan, berbanding kira-kira 60 orang pada pagi ini.

Kumpulan anggota berkenaan bagaimanapun tetap berkawal bagi memastikan orang awam tidak memasuki kawasan Istana Kehakiman.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...