27 Oktober 2014

DUNIA FOKUS MALAYSIA ' KES MAHKAMAH PERSEKUTUAN DENGAR KES FITNAH LEWAT 2!!!

Dunia tumpu Mahkamah Persekutuan dengar kes fitnah liwat 2


Dunia sedang menunggu untuk menyaksikan sama ada mahkamah tertinggi Malaysia akan mengekalkan standard antarabangsa bagi perbicaraan yang adil apabila rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan tuduhan liwat terhadapnya, bermula esok.

Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH) dan
organisasi anggotanya Suaram berkata, mahkamah tertinggi itu "mesti mengenepikan politik dari dewan mahkamah dan menamatkan lebih 15 tahun penganiayaan kehakiman" terhadap Anwar.

Menurut mereka, penghakiman Mahkamah Persekutuan merupakan satu ujian muktamad terhadap badan kehakiman Malaysia.

Oleh itu, politik mesti diketepikan dari dewan mahkamah jika Malaysia mahu membantu memulihkan reputasi sistem keadilannya, kata Presiden FIDH, Karim Lahidji dalam satu kenyataan bersama dengan Pengarah Eksekutif Suaram Yap Swee Seng hari ini.

"Adalah penting bahawa Malaysia menghormati standard antarabangsa bagi perbicaraan yang adil, termasuk hak untuk didengar oleh sebuah tribunal yang kompeten, bebas dan tidak berat sebelah."

Mereka menyenaraikan beberapa isu yang serius sepanjang pendengaran kes Liwat II terhadap Anwar di mana beliau telah dibebaskan setahun sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013, tetapi didapati bersalah setahun kemudian ekoran rayuan yang dibuat.



Dr Wan Azizah Wan Ismail

Semua anggota keluarga berhimpun hari ini..temuramah bersama ABC News Australia di Bukit Segambut..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...