14 November 2014

JUAL RUMAH LEBIH RM3 JUTA SEUNIT INI ZAMAN PR ATAU BN



Guan Eng akui PDC jual rumah lebih RM3 juta seunit



Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.

Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.

Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.

"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.

"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya. -- BERNAMA


Harga rumah seluruh negara naik, tetapi dikawal hanya di P.Pinang - Exco

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Moratorium penjualan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah daripada tempoh lima tahun kepada 10 tahun daripada tarikh pembelian pertama diamalkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas lagi demi menyejukkan pasaran hartanah di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, moratorium atau penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan jual beli secara persetujuan bersama itu turut dilaksanakan ke atas perumahan jenis mampu milik dalam tempoh lima tahun dari tarikh pembelian pertama.

"Fenomena (hartanah membelon) ini bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di kawasan bandar utama di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor.

"(Pun begitu,) Kerajaan Negeri melalui bajet tahun dahulu sahaja memperkenalkan beberapa kaedah mengawal harga rumah atau menyejukkan pasaran hartanah," ujar Jagdeep pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Ucapan penggulungan itu sekaligus menjawab pertikaian pihak Pembangkang Pulau Pinang kononnya hartanah perumahan di negeri sahaja melambung naik hatta tidak mampu dibeli oleh rakyat.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkata, Kerajaan Negeri turut mengawal kenaikan harga rumah dengan menetapkan harga siling mengikut garis panduan Pusat.

Menurut Jagdeep, harga siling seunit rumah berkeluasan 750 kaki persegi di bahagian pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan tidak melebihi RM200,000 dan RM150,000.

Tambah beliau, harga siling seunit rumah berkeluasan 850 kaki persegi di bahagian pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan tidak melebihi RM300,000 dan RM200,000.

Manakala harga siling seunit rumah berkeluasan 900 kaki persegi di bahagian pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan tidak melebihi RM400,000 dan RM250,000.

"Satu mekanisme mengawal kenaikan harga rumah iaitu penetapan siling harga untuk perumahan mampu milik (termasuk rumah kos rendah dan sederhana rendah).

"Ini berlainan sama sekali dengan agensi persekutuan seperti JKP Sdn. Bhd. dan PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) yang membina unit-unit perumahan dengan harga yang mencecah RM1.85 juta di kawasan pulau dan RM575,000 di kawasan Seberang Perai, yang dikatakan adalah perumahan mampu milik," jelas Jagdeep lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...