07 Ogos 2014

AHLI PARLIMEN TERMERLOH BAKAL DISAMAN AKIBAT FITNAH ALA UMNO-APCO !!



Kaki Fitnah ala Umno punca Guan Eng pertimbang saman Tantawi

LIM GUAN ENG

Saya terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin bin Hassan @ Tantawi terhadap saya dengan tuduhan tidak berasas kepada kepimpinan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan penganugerahan projek terowong pertama di bawah-dasar laut di Asia Tenggara dari Persiaran Gurney di Pulau Pinang ke Bagan Ajam di Seberang Perai. Nasrudin mempunyai 24 jam untuk dengan jelas dan tanpa syarat meminta maaf kepada saya.

Nasrudin mempersoalkan mengapa saya tidak dikritik oleh Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) apabila saya juga telah menggunakan rundingan terus untuk menganugerahkan projek terowong dasar laut kepada Construction Zenith BUCG Bhd bernilai RM4.63 billion.

Nasruddin juga mendakwa bahawa penduduk Pulau Pinang menentang projek ini kerana kedudukan kewangan kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan saya telah menyebabkan 6 tahun belanjawan defisit.

Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa ulasan terbuka mengenai projek Kidex atau penganugerahan rundingan langsung.

Nasrudin juga tidak pernah berhubung dengan saya berkenaan urusan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk turut terjebak sama dengan permainan politik Nasrudin untuk menyokong Kidex, tetapi membuat bantahan ini kerana pembohongan oleh rakan Ahli Parlimen PR yang telah mencemarkan maruah saya dan kedudukan kerajaan negeri.

Nasrudin berbohong kerana projek terowong bawah dasar laut telah dianugerahkan melalui tender terbuka, bukan rundingan terus dengan kos RM3.6 bilion, dan bukannya RM4.63 bilion seperti yang didakwa.

Nasrudin juga berbohong kerana kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah PR tidak pernah mengalami satu tahun belanjawan defisit pun tetapi sebaliknya mencatatkan lebihan belanjawan.

Lebihan bajet telah disahkan bukan oleh saya tetapi oleh Laporan Ketua Audit Negara, seperti jadual berikut: -

2008 RM 88,020,470.73

2009 RM 77,343,325.77

2010 RM 33,539,016.31

2011 RM 138,317,374.24

2012 RM 114,475,442.86

Pada akhir 2013, kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka mencatatkan sedikit lebihan.

Sebelum perjanjian awal bagi projek terowong dasar laut ditandatangani pada tahun 2013, satu maklum balas dan perundingan awam telah dijalankan sebelum PRU. Amalan ini tidak pernah dibuat sebelum ini.

Tiga mesyuarat 'town hall' dengan orang awam telah diadakan, dua di pulau dan satu di tanah besar.

Jelas, rakyat Pulau Pinang telah diberi peluang yang jarang diberikan sebelum ini sama ada untuk menyokong atau menolak projek ini dengan mengundi untuk mengekal atau menggantikan kerajaan negeri PR dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Kerajaan Negeri PR telah kembali berkuasa dalam pilihan raya umum 2013 dengan mandat pilihan raya yang tertinggi dalam sejarah dengan 68% undi popular.

Jelas pembohongan yang dibuat oleh Nasrudin adalah sama seperti yang dibuat oleh media sosial pro-BN dan pro-UMNO.

Jika Nasrudin mendakwa menjadi Muslim yang baik yang bukan munafik, maka dia harus menarik balik fitnah dan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia berkelakuan tidak amanah dan tidak berbeza dengan UMNO.

Jika tidak, saya tiada pilihan lain melainkan melayan beliau seperti BN, dengan mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah secara terang-terangan dan terhadap saya dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

______________
Kenyataan Sidang Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town | 7.8.2014.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak2 disangka tantawi menabur fitnah tanpa fakta dan bukti kukuh dan tergamak menikam belakang kawan...terserlah sgt sifat hipokritnya yang ala umporno....sedih sggh..di mana semangat "PAS Untuk Semua"????

iRock berkata...

Apa kata majlis syura tentang saman ini.........???? Tunggu hjhadi mesyuarat dulu ke.? Kang keluar pula LGE Socialis! Pas dah jadi parti Cap Din Ayam . MALU MALU MALU........

Tanpa Nama berkata...

Saya tak pernah sokong dan mengundi BN semenjak diiktirafkan sebagai pengundi. Saya adalah penyokong PAS dan mutakhir ini sangat berharap kepada barisan PR yang mantap. Tetapi sejak melihat tingkah laku PAS yang tidak setiakawan serta mulut mulut bacul ustad dan ulamak dalam PAS ni, saya bertekad dan berazam agar menghancurkan geng geng ustad dalam PAS ini. Semoga LGE tabah dengan ujian ini. Saya melihat anda lebih baik dari hamba Allah MP PAS dan kepimpinan kalangan ustad dan ulamak yang sangat bermuka muka tu.

Tanpa Nama berkata...

Permohonan maaf mesti secara terbuka, jadi ahli parlimen apa la macam ni, bercakap merapu tanpa fakta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...