08 Ogos 2014

PANAS! KEM AZMIN PECAH DALAM ISU MB


Sah! PKR Selangor cadang dua nama sebagai calon MB, tapi kenapa Zuraida gugurkan nama Azmin?


Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang menyebabkan kekecohan dalam sidang media yang telah diadakan oleh PKR semalam mengenai isu MB Selangor..

Yang mana satu kenyataan media yang sebenar?.. Kenyataan media yang menyebut hanya nama Wan Azizah sebagai calon MB atau kenyataan media yang menyebut selain nama Wan Azizah nama Azmin turut dicalonkan?

Menurut sumber yang dipercayai dan memang aku percaya kat dia.. kenyataan media sebenar yang telah dipersetujui pada sidang media itu akan menyebut dua nama yang dicalonkan PKR sebagai MB Selangor.

Selain Wan Azizah nama Azmin Ali juga telah dipersetujui untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Nama Azmin turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan yang diterima dari sebahagian besar pimpinan kanan parti termasuk lapan Pengerusi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Sebabnya ialah Azmin merupakan tokoh pertama yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor semasa PRU 11 (1999) bagi Parti Keadilan Nasional,

Selain itu Azmin berpengalaman dalam pentadbiran Kerajaan di peringkat Persekutuan selama 15 tahun bersama Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga merupakan ADUN yang paling berpengalaman dalam KEADILAN.

Ketokohan dan pengalaman beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Pengarah Pilihanraya Pusat dan Timbalan Presiden KEADILAN selama dua penggal melayakkan nama beliau diangkat bersama Wan Azizah

Malangnya dengan tidak semena-mena nama Azmin tidak disebut langsung dalam sidang media yang kecoh itu, malah kenyataan media yang lain pula dibaca Zuraida dan kenyataan media yang asal pula dinafikannya..

Kenapa Zuraida membaca kenyataan yang bukannya telah dipersetujui bersama dalam satu mesyuarat PKR negeri sebelum ini?

Tidakkah tindakannya itu menunjukkan sikap tidak hormat beliau terhadap apa yang telah dipersetujui oleh kebanyakkan pemimpin PKR sebelum ini?

Apa alasan beliau mengenepikan nama Azmin sedangkan Azmin telah disokong oleh lapan Pengerusi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Jika Zuraida gagal menunjukkan rasa hormatnya kepada keputusan yang disokong oleh lapan Pengerusi Pengerusi MPN itu.. wajarkah rasa hormat ahli ditunjukkan kepada beliau?

Selain itu tindakannya itu boleh ditafsir sebagai khianat dengan menikam belakang orang yang selama ini disokong dan banyak menyokong pergerakannya dalam PKR.

Atau dalam lain ayat "menggigit tangan yang selama ini menyuapnya makan".. Inikah yang dikatakan sebagai setiakawan?

Kenyataannya yang menyebut 12 daripada 14 ADUN PKR, 18 ketua cabang dan enam ahli parlimen PKR Selangor menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah itu dirangka oleh siapa sebenarnya?

Kenyataan media KEADILAN Selangor yang sepatutnya dibacakan semalam semasa sidang akhbar pada 6 Ogos 2014 di Ibupejabat Parti.

Saya kemukakan kenyataan akhbar seperti yang kami bincangkan.

Terima kasih

Shuhaimi Haji Shafiei,
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / ADUN Sri Muda / Ahli MPP

Amiruddin Sa'ari,
Setiausaha MPN KEADILAN Selangor / ADUN Batu Cave

Kenyataan media KEADILAN Selangor 6 Ogos 2014

Kami mewakili pimpinan parti negeri Selangor yang berada di semua peringkat Pusat, Negeri, Cabang, Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen dalam negeri Selangor mengambil pendirian menghormati sokongan beberapa orang pimpinan kepada YB. Datuk Sri Dr. Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar yang baru.

Kenyataan sebelum ini oleh beberapa orang pimpinan di peringkat Cabang sejak beberapa hari lepas berhubung kemelut kerusi Menteri Besar Selangor dilihat sebagai salah satu cara mereka meluahkan sokongan mereka kepada YB. Datuk Sri Dr. Wan Azizah Ismail dan menyokong supaya Menteri Besar sedia ada berundur segera.

YB. Datuk Sri Dr. Wan Azizah sebagai Presiden parti mempunyai semua kelayakan politik dan akademik untuk memimpin sebuah kerajaan. Rekod beliau yang cemerlang sebagai Presiden wanita pertama sebuah parti politik di Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat memberikan nilai tambah yang tiada pada wanita lain. Beliau layak berada di mana mana kedudukan.

Kami maklum bahawa majlis pimpinan pusat telah membincangkan secara agak mendalam dan menetapkan hanya satu nama dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat untuk diperhalusi sebagai calon menteri besar baru bagi mengantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jika itulah yang dicadangkan kami sedia akur kepada arahan parti namun kami di Selangor berharap agar diberikan ruang mengemukakan nama tambahan.

Ramai pimpinan dari selangor berpendirian bahawa pimpinan tertinggi KEADILAN harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi ADUN dari selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai calon kedua Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan yang diterima dari sebahagian besar pimpinan kanan parti termasuk lapan Pengerusi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri seperti:

1. Negeri Perlis
2. Negeri Pulau Pinang
3. Negeri Perak
4. Negeri Sembilan
5. Negeri Melaka
6. Negeri Terengganu
7. Negeri Kelantan
8. Negeri Sarawak

Tokoh pertama yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor semasa PRU 11 (1999) bagi Parti Keadilan Nasional, YB. Mohamed Azmin Ali juga mempunyai kelayakan yang wajar dipertimbangkan.

Selain berpengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan di peringkat Persekutuan selama 15 tahun bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, beliau juga merupakan ADUN yang paling berpengalaman dalam KEADILAN.

Ketokohan dan pengalaman beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Pengarah Pilihanraya Pusat dan Timbalan Presiden KEADILAN selama dua penggal melayakkan nama beliau diangkat bersama YB. Datuk Sri Dr. Wan Azizah Ismail untuk dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Kami meletakkan harapan tinggi kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk segera menanggani kemelut ini secara muafakat dan berhemah demi kelangsungan usaha untuk membangunkan dan memajukan Negeri Selangor sebagai negeri maju dan berkebajikan.

Namun demikian kami kami berikrar akan menyokong siapa sahaja yang ditentukan sebagai penganti YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim oleh pimpinan Pakatan Rakyat.


Dari kenyataan media di atas "persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan" membawa maksud persediaan jika nama Wan Azizah langsung tak diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika itu berlaku siapa pula yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor oleh PKR?

Kenapa Zuraida khianati Azmin???

SUMBER

2 ulasan:

XUMNO berkata...

Macamana Pas nak setuju dengan PKR ni. Mereka sesama sendiri pun tak sepakat; tapi minta parti lain sokong cadangan mereka (tak tahu yang mana satu?). Bila Pas tak mahu. mula hembur maki hamun kat pemimpin Pas. dasar tamak tak habis2.

air gunung berkata...

Rilex laa bro...PAS lebih kena cool dr party lain pasal bawak nama agama.Tp kena ingt jgak..Diaorg x bising pun pasal PAS kedah dok berkelahi sampai tergadai negeri.memang x leh salah semuanya pd PAS psl kedah tergolek.setiap parti gabungan ada kelebihan n kelemahan.lg pon gabungan PR neh masih baru sgt n very rencam.bkn mcm BN.Udah lama dan menguasai pusat.means ekonomi..kita PR neh bebudak lg.memang suka bergaduh pasal suka rebut2 mcm kita kecik2 dulu.Pada aku la...PAS sbgai abg yg sgt berpengalaman lg tua mesti tunjukkan kematangan.jgn ikut jd bdk2 mcm PKR.so tnjuk contoh yg baik selaku org lama.didik bebudak.tgok DAP.mereka lebih focus dlm tindakan.walau bkn semuanya kita setuju.role PAS adalah mcm abg yg matang dlm menyelesaikan masalah adik beradik yg pelik2 n x pelik.kan party ada nama Islam tuh.nak tak nak kena jaga.kang org gelak mcm mamat konon2 bubuh Tontowi kat belakang namanya.awat tak boh nama kg seniri.Rasanya kalo semua ketua gabungan n kalid jumpa elok2 talk dr hati ke hati masalah boleh selesai.pasti ada lebih kurangnya.sekurang2nya rakyat nampak kematangan PR.terutama abg tertuanya PAS.secara x sedar nama PAS tetap dikenang sebagai Party yg hebat.mewangi semerbak dan semua org dpt tumpang harumannya.ko lg mano abe XUMNGOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...