03 Ogos 2014

KERAJAAN BN AKUI BERDAGANG DENGAN ISRAEL



KANTOI!!! ... MULA-MULA NAFI, LEPAS ITU AKUI, TERBARU NAK PERHALUSI.


18hb Mac 2012:- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok. Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.


2hb Ogos 2014 :- Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.

"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...