12 Julai 2014

WALAUPUN TIADA PADANG BOLASEPAK PANYEE FC JADI JUARA DI SELATAN THAILAND!!!




Inspirasi Piala Dunia dan Panyee FC


Sebagai temasya sukan bola sepak yang paling berprestij, Piala Dunia sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola dari seluruh dunia.

Tanpa disedari, ketangkasan dan semangat luar biasa yang ditonjolkan oleh pemain-pemain turut memberi inspirasi kepada ramai orang tidak kira peminat atau bukan peminat sukan bola sepak.

Apatah bukannya, ramai dalam kalangan bintang bola yang dikenali ramai pada mulanya hanya merupakan budak miskin.

Berbekalkan semangat yang tinggi dan minat yang mendalam, bakat pemain-pemain ini dicungkil sehingga mereka dapat beraksi di pentas dunia.

Inspirasi daripada bola sepak bagaimanapun tidak terhad dalam kalangan pasukan Piala Dunia, malahan pasukan Panyee FC dari negara jiran kita iaitu Thailand juga boleh dianggap luar biasa.

Pemain pasukan ini berasal dari Pulau Panyee atau nama Melayunya, Pulau Panji yang dikatakan diasaskan oleh keluarga nelayan dari Indonesia pada akhir kurun ke-18.

Hasil inspirasi daripada perlawanan Piala Dunia 1986, sekumpulan anak muda dari Pulau Panyee telah menubuhkan pasukan bola sepak sendiri walaupun kampung mereka dikelilingi laut dan tiada padang.

Sebuah klip video telah diterbitkan pada 2011 mengenai pasukan bola sepak dari Pulau Panyee yang merupakan pasukan terbaik di selatan Thailand.

Sehingga kini, lebih empat juta orang telah menyaksikan klip video ini yang menceritakan bagaimana satu impian ditukar menjadi kenyataan.

~mg

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...