07 Julai 2014

TERKINI! SIDANG MEDIA TSKI LETAK JAWATAN?

Pautan kekal imej terbenam

TERKINI...... mempengerusi mesyuarat Jab Perancang Bandar & Desa di SUK 2, Shah Alam.

INILAH KERJA MACAI PKR BERPERANGAI LEBIH DARI UMNO.....GILA KUASA......
BUAT BERITA-BERITA PALSU DIPANASKAN LAGI OLEH MACAI UMNO YANG MENGAMBIL KESEMPATAN.....HIDUP GENG  HANTU RAYA......



SMS Letak Jawatan Palsu, Khalid Ibrahim Masih MB Selangor




Difahamkan satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyebut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Sumber SMS itu dikatakan dikeluarkan dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Bagaimanapun, SMS berkenaan didapati palsu kerana tiada laporan berita sedemikian ditemui di laman web Bernama.

“Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada paduka Sultan Selangor.

“Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Saman telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 2 petang ini,” kata SMS itu yang dikatakan dikeluarkan Bernama.




Bagaimanapun, khabar angin perletakan jawatan Abdul Khalid memang sedang bertiup kencang dan panas selepas beliau bertubi-tubi dikritik oleh para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan cara pentadbirannya.

Ekoran SMS itu, wartawan dilihat berkumpul di hadapan Istana Kayangan di Klang dan Istana Mestika di Shah Alam bagi menunggu ketibaan Abdul Khalid, memetik laporan The 

Star.


WARTAWAN TERPAKSA BUAT KERJA BODOH......

Pejabat MB kata 'tipu'

Pejabat Menteri Besar Selangor ketika dihubungi menafikan Khalid akan menghadap Sultan dan meletakkan jawatan hari ini.

Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz berkata hal itu hanya khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya dah kata tipu. Tak, beliau tidak berjumpa Sultan (untuk letak jawatan)," kata beliau.

Beberapa pimpinan PKR peringkat pertengahan secara terbuka walaupun diarah tidak melakukannya oleh Ketua Umum KeADILan, DSAI, dilihat cuba menekan TSKI menyatakan mahu beliau meletakkan jawatan.

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Kerja group PKR yang dah meroyan tak dapat duit raya TSKI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...