08 Julai 2014

PAS PUSAT MASIH KEKALKAN TS KHALID MB SELANGOR, PKR HANYA PARTI MINORITI DALAM PAKATAN !!!


Pas Pusat, Selangor setuju Khalid kekal MB


Mohamad Sabu

Pas Pusat dan Selangor sebulat suara mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar, sekali gus menafikan cadangan PKR dan DAP yang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu meletakkan jawatan.

Pas yang mempunyai kerusi majoriti di Selangor berbanding PKR membuat keputusan itu pada mesyuarat khas parti peringkat pusat dan negeri semalam, bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid yang mendapat desakan daripada pemimpin parti pakatan pembangkang supaya berundur.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika mengumumkan hasil mesyuarat itu berkata, parti itu tidak akan membuat sebarang keputusan secara tergesa-gesa atau mengikut apa kata rakan gabungan.

Sebaliknya, kata beliau, Pas akan memanggil semua kepimpinan tertinggi parti itu untuk bermesyuarat dan membincangkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pas bagi sesuatu isu melibatkan pentadbiran negeri.

"Sebagai contoh isu desakan rakan gabungan terhadap Abdul Khalid supaya meletakkan jawatan. Pas tidak boleh mengikut mereka sembarangan. Kita kena panggil semua pemimpin kanan bermesyuarat dan membuat keputusan.

"Kita tidak mahu keputusan tergesa-gesa ini akan menggugatkan persahabatan Pas dengan PKR dan DAP. Itu dasar kita. Amat jelas dan mudah difahami," katanya kepada media di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), manakala PKR 14 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 12 kerusi.

Selepas PRU 13, Pas sepatutnya meletakkan wakil rakyat mereka sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi mengambil keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid dari PKR untuk penggal kedua.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti turut menasihatkan pemimpin Pas di semua peringkat terutama Selangor agar menggelak daripada membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Jelas beliau, Pas tidak mahu dianggap sebagai parti yang suka menjaga tepi kain rakan dengan menyokong secara membabi-buta desakan rakan pakatan pembangkang yang lain terhadap menteri besar supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, menurut Mat Sabu, keputusan yang dicapai semalam akan terbatal secara automatik sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kedudukan Abdul Khalid yang dilakukan oleh partinya, PKR.

"Dari segi autoriti parti, kita tidak boleh buat apa-apa kerana itu hak parti berkenaan, tetapi dari segi pentadbiran, Pas dengan jelas masih memerlukan Abdul Khalid sebagai menteri besar," katanya. ~MG

4 ulasan:

XUMNO berkata...

Syabas Pas. Rakyat Selangor akan berterima kasih atas pendirian tegas Pas dalam isu Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.Sudah jelas niat kumpulan anti TSKI adalah mereka yang lahap nak memfaraitkan kekayaan dan khazanah Selangor untuk perut sendiri dan kroni.Jika ditakdirkan Kahlid terpaksa undur, Pas mesti berkeras jawatan MB diserahkan kepadanya sebagai pemegang saham majoriti.

MacaiPR berkata...

haha... byk ko punya tegas, ko tunggu la esk apa pendirian PASsing kalo Dapigs dh berbunyi, ko fikir pemimpin puak PR ne smua malaikat ka..aaa

Tanpa Nama berkata...

ibubarkan saja DUN Selangor. PKR dan PAS akan kehilangan banyak kerusi.

kamal berkata...

kenapa perlu berebut nak jadi MB Selangor, ingatlah, setiap pemimpin itu akan ditanya di hadapan Allah akan baranag yang dipimpinnya. Mampukah manusia yang berebut untuk jadi pemimpin itu menjawab di hadapan Allah nanti. Jangan kerana mengikut nafsu dunia kita tersangkut di akhirat pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...