09 Julai 2014

NAJIB KOMEN PASAI BRAZIL KALAH TERUK....HANGPA BACA SENDIRILAH

ORANG CERITA BAB TAKTIKAL DEPA CERITA BAB KEPIMPINAN.....
RASANYA BILA KAPTEN TERUK PASUKAN BERTERABUR KUT......

Pautan kekal imej terbenam


Kepimpinan tidak berkesan, negara kucar-kacir seperti pasukan Brazil, kata PM



Kepimpinan tidak berkesan boleh undang kucar-kacir dalam negara seperti pasukan bola sepak Brazil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Ketiadaan kepimpinan berkesan boleh undang kucar-kacir kepada negara sebagaimana ia menjadi punca kekalahan pasukan bola sepak Brazil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib merujuk kekalahan pasukan bola sepak Brazil kepada pasukan Jerman 7-1 pada pusingan separuh akhir bola sepak Piala Dunia awal pagi hari ini dan menyimpulkan kekalahan itu akibat ketiadaan kepimpinan berkesan, yang menyebabkan pertahanan pasukan itu kucar-kacir.

"Kalau itu boleh berlaku kepada sebuah pasukan bola, cuba bayangkan apa yang boleh berlaku kepada sebuah negara, kalau tidak ada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi, komitmen dan menjiwai aspirasi rakyat," katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan rasmi anggota Program Felo Perdana (PFP) kepada jemaah menteri di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

PFP diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi peluang kepada modal insan negara merasai sendiri pengalaman tadbir urus awam dengan ditempatkan di bawah menteri-menteri kabinet selama enam minggu sehingga enam bulan.

Najib berkata, program PFP dapat mempersiapsiagakan barisan kepimpinan generasi akan datang untuk persediaan terancang.

"Supaya bila tiba masanya kita mempunyai ramai barisan pemimpin terlatih dan ada pengalaman yang mampu membawa obor kepimpinan negara ke tahap lebih tinggi lagi," katanya.

Beliau berharap, peserta PFP dapat menimba pengalaman baharu dan menjadi pemimpin generasi muda berkualiti yang boleh memikul amanah daripada generasi kepimpinan sedia ada.

"Kejayaan kita pada hari muka tidak hanya bergantung kepada segulung ijazah yang dimiliki tetapi soal kematangan berfikir, bertindak dan berinteraksi, semua itu hanya dapat diperoleh jika ada pengalaman.

"Tidak ada tempat lebih baik untuk mendapatkan pengalaman itu dengan bersama-sama anggota Kabinet pemimpin negara yang mungkin tidak boleh diperoleh di tempat lain," katanya. – Bernama, 9 Julai, 2014.

Ketiadaan kepimpinan berkesan boleh undang kucar-kacir kepada negara sebagaimana ia menjadi punca kekalahan pasukan bola sepak Brazil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan bola sepak Brazil tewas 1-7 dengan Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.


SALAH KETUA KE BRAZIL KALAH.....

Punca Brazil kalah teruk



SEPERTI yang saya ramalkan Brazil akan kalah kepada Jerman di separuh akhir. Bagaimanapun kekalahan yang besar 1-7 memang di luar jangkaan. Selepas menonton perlawanan tersebut, empat faktor dikenal pasti.

1. Perubahan mendadak corak permainan Brazil daripada strategi ‘long passing’ kepada ‘short passing’, atau kembali kepada corak tradisional Brazil (Samba) telah memakan diri. Scholari telah merubah corak tersebut disebabkan ketiadaan Neymar. Neymar adalah seorang penyerang mempunyai larian yang pantas, maka dia lebih sesuai dengan umpanan jarak jauh. Apabila Neymar tidak dapat diturunkan, corak permainan Brazil kembali kepada Samba, iaitu hantaran pendek, gelecek dan kreativiti pemain. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu mempunyai ciri-ciri seperti ini.

2. Disebabkan perubahan corak tersebut, pemain-pemain pertahanan telah dijadikan enjin utama untuk menjana gol. Sepuluh minit pertama, jentera utama ini dikerah habis-habisan sehingga David Luis kerap berada dalam kotak penalti lawan. Dalam tempoh ini Brazil memang menguasai permainan, tetapi pemain pertahanan menjadi letih dan hilang tumpuan kepada tugas asasi mereka untuk bertahan. Kesemua gol separuh masa pertama disebabkan keletihan dan hilang tumpuan sehingga membenarkan penyerang-penyerang Jerman begitu bebas berada di kawasan bahaya.

3. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu kuat di bahagian tengah (midfield). Walaupun mempunyai pemain seperti Oscar. Corak permainan Samba memerlukan pemain yang kreatif di bahagian ini, seperti Kaka sebelum ini. Apabila Brazil kembali kepada corak Samba, pemain tengah tidak mampu mengikut rentak ini. Mereka tidak mampu mencipta peluang untuk pemain penyerang, malah gagal menandingi pemain tengah Jerman. Sepatutnya Scholari membawa Kaka dalam barisan utama pemain Brazil kali ini, termasuk Ronaldinho yang sedikit sebanyak dapat membantu jentera tengah walaupun dia pemain penyerang. Kedua pemain ini dapat disandarkan harapan apabila Neymar dan Silva tidak dapat diturunkan.

4. Faktor ini merupakan faktor kelemahan Brazil turun temurun, iaitu penjaga yang tidak begitu cekap. Sememangnya Brazil menghasilkan ramai pemain-pemain hebat tetapi ramainya di bahagian penyerang dan tengah. Lazimnya penjaga gol Brazil tidak begitu hebat, sehebat nama pemain penyerang dan tengah mereka. Walaupun Julio Cesar dilihat sebagai hero sewaktu menentang Chile tempohari, dalam permainan kali ini dia gagal membuat bacaan tepat. Gol pertama, sepatutnya dia boleh membaca arah sepakan sudut dan keluar untuk menumbuk bola. Gol ketiga dan ketujuh, sepatutnya dia berupaya menepis bola itu kalau berada di sudut yang betul, lapor Harakah Daily.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...