01 Jun 2014

PRK Teluk Intan: Sokongan Melayu terhadap DAP meningkat 28%

Sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan meningkat 3 peratus daripada 25 peratus kepada 28 peratus disebalik isu perkauman yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP gagal untuk mempertahankan kerusi itu, parti itu mendapat sedikit suntikan motivasi daripada pencapaian itu dalam mempertingkatkan sokongan Melayu yang berguna dalam PRU-14 kelak.


Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong keseluruhan yang terdiri daripada 0.7 peratus kepada 3.4 peratus.

“Ia suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu meningkat,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Kian Ming berkata beliau yakin lebih banyak kaum muda Melayu akan melihat DAP sebagai ruang untuk aktivisme politik dan lebih ramai belia akan menyokong Pakatan Rakyat dengan alasan gagasm ini bergerak jauh daripada politik berasaskan kaum.

“Kami melihat kelibat ini dalam kempen Dyana di Teluk Intan. Jumlah kegembiraan dan suasana baik yang beliau hasilkan di peringkat kebangsaan terutama di kalangan anak muda Melayu ialah, berani saya katakan, tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Oleh kerana pencalonan Dyana Sofya, pelajar UiTM yang bercakap tentang DAP tidak semestinya dalam nada yang negatif lagi!” katanya.

Katanya, di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak dan juga anak-anak muda ke mana saja dia pergi.

“Walaupun kebanyakan daripada mereka bukan pengundi, mereka akan pengundi pada masa akan datang dan pemimpin muda seperti Dyana mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk memenangi mereka akhirnya,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...