06 Jun 2014

PEGUAM NEGARA KALAH KES PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2008!!!



BERSIH: Mahkamah kekalkan keputusan bebas 21 individu





Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan 21 individu yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulang tahun pertama BERSIH.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar semalam selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

Pada 18 September 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak
mematuhi perintah pegawai polis.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008.

Antara yang didakwa ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu serta peguam S. Ashok Kandiah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...