06 Jun 2014

KEBERANIAN ORANG MALAYSIA KETAHAP GILA...EDAR DADAH KAWASAN MAHKAMAH !!


Gambar Sekadar Khiasan

Gagal serah dadah selepas perbicaraan

Klang: Seorang lelaki ditahan ketika cuba menyerahkan bungkusan berisi 37 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja kepada seorang lagi lelaki yang baru selesai perbicaraan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas menyerahkan bungkusan berkenaan kepada tertuduh yang pada ketika itu sedang berjalan keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi dua polis mahkamah.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berasal dari Raub, Pahang itu langsung tidak mempedulikan kehadiran dua polis mahkamah yang berada di situ ketika menyerahkan bungkusan berkenaan.

"Kejadian itu disedari polis yang bertugas dan terus menahan dan merampas bungkusan berkenaan daripada tertuduh yang baru selesai perbicaraan.




SUSPEK tidak mempedulikan kehadiran dua polis mahkamah ketika menyerahkan bungkusan berkenaan. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat


"Hasil pemeriksaan polis mendapati bungkusan plastik putih itu berisi 37 ketulan mampat dipercayai dadah ganja seberat kira-kira 160 gram dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...