24 Mei 2014

RTM DAH TIADA DUIT TIDAK MAMPU BELI SIARAN PIALA THOMAS....

TERPAKSA MERAYU...RAYU....Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin minta Astro `hadiahkan' hak siaran final Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun kepada RTM

RTM tak cukup duit nak beli hak penyiaran Piala Thomas 2014 daripada Astro sebanyak RM4juta. Gomen kena buli dengan kroni?.... Rakyat putih mata.


Shabery mohon maaf RTM tiada siaran langsung

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan siaran langsung pasukan Piala Thomas negara menumpaskan Indonesia malam tadi kerana hak penyiaran diperoleh syarikat televisyen swasta.

Beliau berkata, RTM juga tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan negara dan Jepun esok kerana kos untuk siaran langsung melibatkan kos tinggi.

"Saya meminta maaf bagi pihak RTM kerana ramai pihak bersungut kerana tiada siaran langsung (di RTM malam tadi). Ini kerana hak penyiaran telah diambil stesen televisyen swasta.

"Kalau ingin (menyiarkan) kita (RTM) kena membayar mahal dan dalam soal ini, kita ada keperluan lain termasuk liputan siaran langsung semasa kejohanan Piala Dunia Brazil dan kos kandungan untuk sukan bukan murah, ia melibatkan berjuta-juta ringgit.

"Pada tawaran asal kos bernilai RM4 juta untuk menyiarkan (secara langsung) perlawanan itu (Piala Thomas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 di Lintasan Deasoka, di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, RTM memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, malam tadi.

Esok, Malaysia akan bertemu Jepun yang melakar sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final. -

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taja bola world cup ada duit. Malaysia tak main pun. Nak taja Thomas cup Malaysia main tak ada duit. Apa daa. Sebenarnya wang tajaan jutaan ringgit patut di beri kpd keluarga dhaif di malaysia. Apa macam?

Tanpa Nama berkata...

Berwang Panda'i' ada banyak duit, minta pinjam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...