Serangan gereja: Ini baru permulaan, kata pemimpin Sarawak
Gereja di Pulau Pinang yang diserang dengan bom Molotov Cocktail semalam. Gambar fail
.Dua ahli politik Sarawak memberi amaran serangan bom Molotov Cocktail ke atas gereja di Pulau Pinang semalam hanya "permulaan bagi lebih banyak yang akan berlaku" dengan salah seorang berkata insiden tersebut berlaku disebabkan perdana menteri terlalu "lemah".
Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing, yang terkenal dengan kelantangannya berkata, serangan tersebut membimbangkan kerana ia jelas amaran kepada penganut Kristian untuk menghentikan perjuangan menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.
"Saya sudah katakan sebelum ini, awan mendung sudah tiba dan ini baru permulaan. Sekarang sudah makin merisaukan dengan laporan keganasan sebegini," kata pemimpin politik Sarawak itu mengulas letupan di luar gereja Pulau Pinang semalam.
Masing berharap keganasan ini tidak akan bertambah buruk sehingga tidak terkawal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan