29 Januari 2014

PANAS ! KEMELUT SELANGOR ...PEMUDA PAKATAN BERATAKAN KERANA KUASA & KRONI....SEBIJIK MACAM PERANGAI UMNO...

BACA TULISAN DIPETIK DARI FB......LEPAS KEDAH BUNGKUS SELANGOR & KELANTAN PUN BAKAL TERLEPAS.....

TU BELUM KIRA MENANG PUTRAJAYA.....


DARI FB : Zulimran Nasution Abdullah Omar


Apa yang boleh dirumuskan mengenai isu PRK DUN Kajang adalah seperti berikut:

1. Analoginya mudah. Ibarat keadaan negeri Kedah TIGA tahun sebelum PRU 13. Sesiapa yang mengikuti keadaan pada masa itu akan mengetahui inilah yang akan dilalui bukan saja PKR tetap PR di Selangor jika tidak dilakukan SEGERA dan risiko dirampas musuh semakin besar walau peroleh majoriti dua pertiga (44/56).

2. Keputusan dibuat setelah menerima persetujuan SEMUA pemimpin parti komponen dalam PR peringkat pusat. Dan sepatutnya mereka akan menerangkan kepada pemimpin peringkat negeri.

3. Alasan bahawa ia suatu pembaziran mungkin dianggap munasabah. Tuduhan bahawa Anwar tamakkan kuasa hingga mendorong seorang MP PAS membuat posting berkenaan isu gila kuasa tidak akan ke mana-mana.

4. Jika PAS menuntut kerusi MB sekiranya Anwar dilantik ATAU memboikot kempen PRK, jelas ia satu langkah ke belakang. Umum mengetahui bahawa jentera PKR tidak sekuat mana jika dibanding dengan PAS, maka saat inilah suasana kerjasama dalam PR akan diperhatikan. Menyenaraikan Pesuruhjaya PAS tidak akan menyelesaikan masalah malah akan memburukkan keadaan.

5. Umno dijangka akan meletakkan calon Melayu bagi menentang Anwar DAN dijangka menaja seorang calon BEBAS bagi memecah undi. Gerakan Undi MCA/Umno/BN untuk kekal MB Khalid giat dimainkan. Dalam masa ini penyokong PR dinasihat jangan terperangkap dengan propaganda ini.

6. Apa saja keputusan PRK (dalam jangkaan Anwar menang), Khalid pasti akan digantikan. Itu adalah 'perjanjian' walaupun majoriti rakyat masih menyokong MB. Keputusan kurang popular mesti dibuat umpama tindakan Mahathir memecat Anwar pada 1998.

7. Pasukan Anwar mengambil langkah tepat meredakan suasana. Biarlah keputusan politik dibuat orang politik. Jika pimpinan PAS boleh meminta ahlinya wala' maka apa salahnya wala' dengan keputusan strategi rakan dalam PR.

Perkembangan terbaru akan diumumkan dari semasa ke semasa.


DARI FB :

Tantawi, Takiri, Nik Abduh, dsbnya adalah geng Din Ayam. Semua bekas Al Azhar sama2 belajar dulu.

Saya ada maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman PAS. Kalau nak percaya tak nak percaya terpulang.

Sejurus selepas PRU13 yang lepas, Din Ayam telah pergi melobi ayahanda untuk menaikkan calon beliau di Selangor sebagai MB Selangor.

Lantas apabila Anwar Ibrahim datang berjumpa ayahanda, maka Ayahanda telah menyatakan kalau calon MB lain dari Khalid maka PAS akan hantar surat pada Istana minta calon lain.

Sudah tentu kalau itu berlaku, PKR akan hilang kerusi MB Selangor. MAka, Anwar dgn berat hati terpaksa mencalonkan Khalid sekali lagi.

Namun, sekarang ini Anwar yang bercadang untuk menjadi MB.

Sudah tentulah ayahanda tidak akan tergamak mencalonkan orang lain sebagai MB.

Itu yang puak2 Azhar @ geng Din Ayam melalak ke sana ke mari marahkan tindakan Anwar tu.

Selain takut kerja hilang kat Perangsang mereka bengang tak dapat naikkan calon diorang sebagai MB.

Konon nak boikot la padahal di Pusat tu dah tau dah sebab apa yang korang marah sangat.

Jangan berlakon la. Cerita lah benda yang sebenar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha pas gak yg kena..sian en tulang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...