16 November 2013

2 SUSPEK PERAGUT MAUT MELANGGAR JENGKAUT KETIKA DIKEJAR POLIS

2 Suspek Peragut Maut Ketika Dikejar Polis Di Pulau Pinang



Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut dalam kejadian di Kampung Tok Alang,Tasek Gelugor Pulau Pinang kira-kira jam 5.45 petang tadi.Suspek Mohd Zaidi Hamid, 27, dan Muhammad Azrai Jamaludin,19, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sementara seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan cedera selepas turut melanggar jengkaut berkenaan.

Dimaklumkan juga anggota polis yang dikhabar turut parah kerana sanggup bergadai nyawa demi untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara Malaysia tercinta. 

Mengapa jadi peragut,  jalan mudah untuk mencari duit untuk melepaskan gian.

Kalau dikira di Malaysia ini menjadi tempat lambakan dadah, dalam sehari berjuta RM dadah dirampas ini kira yang ditangkap, 

Dimanakah silapnya, mungkin pintu masuk kita mudah dibolosi dengan wang panas ada dimana-mana....menjadi surga warga asing membuat duit?  

 Jangan anggap mudah tentang perkara ini kesannya hari ini jenayah berlaku setiap masa dan tempat.




Polis Rampas Dadah Bernilai RM11.52 Juta

15/11/2013
GEORGE TOWN: Polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa di negeri ini setelah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah sintetik lebih 58 kilogram bernilai RM11.52 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil intipan bersama antara pasukan polis dan Kastam sejak beberapa minggu lepas, polis menyerbu sebuah kedai pajak gadai di Taman Usahaniaga, Bukit Mertajam dekat sini pada 10.40 malam Rabu lepas.

"Dalam serbuan itu kita menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan peniaga kedai pajak gadai dan merampas 16.325kg dadah jenis syabu yang disorok dalam dua silinder besi dan 1.109kg ketamin," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Kastam Pulau Pinang Datuk Zulkifli Yahya.

Katanya, setelah menggeledah premis itu, polis menemui dua pucuk pistol tiruan jenis Colt's dan WE.

Beliau berkata, polis kemudiannya membuat pemeriksaan dalam sebuah kereta milik lelaki terbabit dan menjumpai 40 bungkusan besar dan dua bungkusan kecil dadah jenis syabu seberat 40.898kg yang disumbat dalam lima silinder besi. ~Mstar








Jumaat November 15, 2013
Dua Lelaki Miliki Dadah Bernilai RM4 Juta Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis merampas syabu bernilai RM4 juta dengan tertangkapnya dua lelaki termasuk seorang peniaga Pakistan di dua lokasi sekitar Sri Petaling di sini sejak Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dua lokasi itu ialah di sebuah kondominium mewah dan parkir kereta di sebuah hotel di Sri Petaling.

Beliau berkata dalam kejadian pertama kira-kira pada 4.35 petang semalam, seorang lelaki warga Pakistan berumur 43 tahun ditahan di kediamannya di Sri Petaling kerana memiliki syabu seberat 24.9 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3.7 juta. "Modus operandi yang digunakan suspek ialah menyembunyikan dadah di belakang 47 helai jahitan pakaian bercorak manik dengan setiap pakaian dianggarkan seberat 500 gram.

"Dengan menggunakan modus itu, pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sukar mengesan dadah tersebut semasa proses pemeriksaan dilakukan. Dipercayai sindiket dadah lain juga menggunakan modus yang sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Amar Singh berkata suspek mula memasuki negara ini pada pertengahan tahun 2009 melalui KLIA bersama isteri dan anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja suspek telah keluar-masuk ke negara ini dari Pakistan sebanyak lapan kali sejak 22 Januari dan kali terakhir ialah pada 4 November lepas.

"Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengisytiharkan barang kes sebagai barang perniagaan tetapi perniagaan berkenaan tidak wujud," katanya.

Justeru, Amar Singh menyarankan agar pihak berkuasa di KLIA memperketatkan lagi kawalan kemasukan barangan import.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...