16 November 2013

Terkini ! Ketua Cabang PKR Langkawi umum keluar parti



 Ketua Cabang PKR Langkawi Dato' Wan Salleh Wan Isa  mengambil keputusan untuk keluar PKR dalam satu sidang media di  Baron Resort , Langkawi sebentar tadi.

Menurut Wan Salleh yang merupakan bekas Pengerusi PKR Kedah, setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

"Pimpinan Pusat dilihat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan seperti kepimpinan di Kulim-Bandar Baharu, Alor Setar, Kubang Pasu dan yang paling nyata, Langkawi," katanya dalam sidang media itu.

Wan Salleh bagaimanapun menafikan dia keluar dari PKR untuk menyertai UMNO sebaliknya hanya akan bergiat dalam NGO. 


Ketika admin menghubungi seorang AJK Cabang PKR, beliau mengatakan  dengan keluarnya Dato' Wan Salleh , PKR Cabang Langkawi masih utuh dan Jawatankuasa Cabang sedia ada masih berfungsi seperti biasa. Dan satu pemilihan Jawatankuasa penggal 2014-2016 akan diadakan awal tahun 2014. 

Beliau berkata lagi , "pemimpin datang dan pergi"  terpulang kepada individu untuk menentukan hala tuju mereka . Sebelum ini Dato Wan Salleh keluar dari umno Jerlun, mantan bendahari bahagian  dan memasuki PKR pada tahun 2007.   
  
Kedahkini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalaupun pkr pusat xpeduli,jgn burukkan mereka.kita kena paham pkr bukan mcm umno boleh labur duit juta2 kat ketua bahagian.lagipun kalau setakat standard wan salleh ni apa sangat yg dia boleh bantu pkr?takat nak jawatan ngan pangkat lebih baik masuk umno ja.

Tanpa Nama berkata...

BERAMBUS!!!! sekelumit pun takdak beri kesan pada PKR....

Tanpa Nama berkata...

depa ni nak kalih isu agen cia kot..? depa ingat keluar pakatan rakyat depa senang kot...nasha..ibrahim katak contoh terbaik...depa ni kena santau kot...biasalah sungai limau dah kalah nak cover storylah tu

Tanpa Nama berkata...

Haper2lah.yg penting ikhlas.cuma ikhlas neh payah n x ley nmpak.dok kat mana pun leh berjuang utk semua.mana yg x betol tuh siap sedialah jawab dgn maha berkuasa.tgh diberi kuasa lidah boley berckp,cakap la aper sajer walau temberang.kat kubur nanti try lah plak temberang raqib atiq.maner taw leh kawtim.hehehe.manusia manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...