15 November 2013

Negara bakal punah, sekiranya Shafie Abdullah dilantik peguam negara?


Shafie Abdullah akan di lantik Peguam Negara ? Hancur la sistem perundangan negara....



Desas-desus berkaitan kemungkinan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas.

“Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara,” tegas Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Katanya, hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara.

Berikut kenyataan media beliau.

Minggu lepas (7 November 2013), saya menegaskan bahawa walau apa pun agenda tersembunyi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini sedang membuat ‘gerakan’ untuk menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang beliau sendiri lantik pada tahun 2002, Abdul Gani tetap wajib disiasat secara menyeluruh di atas segala dakwaan salah laku sepanjang memegang jawatan sebagai Peguam Negara....

Apa yang jelas, agenda sebenar Tun Mahathir ialah untuk menaikkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Gani. Kehadiran Shafee di dalam pertemuan khas membincangkan perilaku Gani di rumah Tun Mahathir pada Ogos lepas menunjukkan bahawa agenda ini sedang berjalan rancak.

Tun Mahathir berfungsi sebagai ‘jarum’ untuk menyucuk Perdana Menteri supaya segera menyingkirkan Gani bagi membolehkan Shafiee dilantik segera sebagai Peguam Negara yang baru.

Desas-desus berkaitan kemungkinan Shafiee akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas.

Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara. Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara.

Pada masa yang sama, kami dimaklumkan bahawa Gani di dalam suatu pertemuan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada minggu lepas, telah menjawab dan memberi penjelasan terhadap beberapa tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya seperti insiden pemalsuan bukti kes ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemalsuan gambar di dalam perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ dan juga kes pendakwaan ke atas Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan skandal PKFZ.

PAS berpandangan penjelasan tertutup adalah tidak memadai. Gani harus berani untuk bertanggungjawab kepada umum dengan memberikan penjelasan kepada rakyat.

Buat permulaan, kami menuntut Gani supaya menjelaskan apakah status beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno dan apakah alasan beliau untuk tidak memulakan pendakwaan di dalam kes-kes tersebut, iaitu:

1) Kes bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra yang menerima dua keping cek bernilai RM30,000 dan RM80,000 daripada syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn. Bhd. yang dikatakan berkaitan dengan permohonan syarikat terbabit untuk melanjutkan kontrak penyelenggaraan bangunan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar Johor Bharu.


Mengapa tiada pendakwaan dibuat ke atas Dr Awang Adek meskipun Dr Awang Adek tidak langsung mencabar Notis Perlucuthakan Harta (Forfeiture of Property) yang dikeluarkan oleh SPRM di atas perintah mahkamah di bawah Seksyen 41 (1) Akta SPRM 2009 bagi merampas wang tersebut?

2) Aduan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Wanita Umno Bahagian Baling, Norhashiah Ibrahim terhadap Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkaitan dengan pembukaan akaun bank yang mencurigakan pada tahun 2010 di mana nama dan tandatangan pengadu telah digunakan tanpa pengetahuan pengadu dan terdapat pembayaran-pembayaran yang meragukan ke dalam akaun tersebut.

Jika Gani mengatakan beliau tidak menjalankan pendakwaan secara ‘terpilih’ dan melaksanakan tugasnya berdasarkan peruntukan undang-undang, maka rakyat perlu mendapat penjelasan yang jujur daripada Gani berkaitan dengan dua kes di atas. - HARAKAHONLINE

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...