08 Oktober 2013

GEMPAK ! JITRA DILANDA GEMPA BUMI? KOMPLEK PERNIAGAAN ROBOH.... VIDEO KEJADIAN DISERTAKAN





CMart Gudang Borong Runtuh di Bandar Darulaman Jitra...



Berita yang baru saja masuk  di maklumkan bahawa bangunan pasaraya C-Mart di Jitra Kedah tiada puting beliung dan gempa bumi telah runtuh awal pagi tadi.

Adakah Kedah Darul Aman akan mengambil alih gelaran Darul Runtuh dari Terengganu Darul Iman????

Dipercayai kejadian ini berlaku pagi tadi .. tiada kemalangan jiwa berlaku .. kerugian masih dalam tafsiran.


LAPURAN TERKINI .......

Selang seminggu insiden bumbung masjid di Terengganu runtuh, hari ini digemparkan runtuhan pada sebahagian dinding belakang sebuah pasar raya yang baru beroperasi Julai lalu, di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.


Runtuhan itu dipercayai akibat keretakan dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, dua petugas penyelenggaraan yang ingin melakukan pemeriksaan di bahagian belakang pasar raya berkenaan sempat melarikan diri selepas terdengar bunyi runtuhan dinding.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Mengikut laporan media, difahamkan, pemeriksaan awal mendapati sebahagian dinding bangunan tersebut mengalami keretakan.

Sebelum ini, tragedi sama berlaku pada 30 Oktober lalu apabila bumbung masjid dengan kos RM6 juta di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu runtuh.

Keesokannya pula diikuti runtuhan sebahagian bumbung di Hospital Serdang.




KEDAH  Dilanda GEMPA BUMI, Kali ini di Kupang Kedah! - 3.8 Skala Ricther...masih "lemah"

Selasa, 20 Ogos 2013

Pusat Gempa Bumi Malaysia: 37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).




Satu gempa bumi berkategori “lemah” yang berukuran 3.8 pada skala Ricther dikesan berlaku di Kupang berdekatan Baling Kedah pada jam 8.26 pagi Selasa.

Maklumat ini diperolehi dari laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia di pautan http://www.met.gov.my.

Dalam pada itu, menurut laporan yang disiarkan media, gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya dan tiada laporan menyebut berlakunya kerosakan dari impak gegaran tersebut.

Menurut laman web wikipedia, sejak tahun 2007, Malaysia pernah mengalami 40 gempa bumi lemah.

37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Dari November 2007 – 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Darul iman = Darul Runtuh
Amacam
Darul Aman = Darul Roboh

Boleh pakai tak

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak kita kaitkan dengan keberkatan pemimpin....??????sekadar bertanya

Jai berkata...

Boleh jugak... Tapi siasatan tak dibuat, saya rasa ultraman trengganu punya angkara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...