12 Oktober 2013

HOT! PERWAKILAN WANITA GUA MUSANG MENGAMUK....( VIDEO INSIDE )


Mesyuarat Wanita UMNO Gua Musang dicemari insiden baling mikrofon


GUA MUSANG: Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.



Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.

“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.

Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.

Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.

“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.

“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...