06 Oktober 2013

PRK SG.LIMAU : DAP SEDIA BANTU PR


Zairil bentuk JK Interim DAP Kedah, ajak ahli hadapi PRK Sungai Limau


Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari (gambar) menegaskan bahawa perlantikan beliau adalah sah berdasarkan perlembagaan DAP untuk memperuntukkan kuasa penuh kepada CEC untuk membubarkan mana-mana Jawatankuasa Negeri dan melantik Jawatankuasa Interim bagi tempoh enam bulan.

Zairil berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini bagi menjawab kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan kesahihan lantikan Jawatankuasa Interim oleh CEC.

Menurut Zairil, ia dibuat di bawah fasal kecil (sub-clause) 11 dan 12 di bawah Fasal XIV perlembagaan DAP.

"Justeru, peruntukan perlembagaan parti adalah jelas dan kedudukan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan," katanya.


Sehubungan itu, beliau mengajak semua ahli DAP melangkah ke depan dan berharap agar semua ahli DAP Kedah akan rapatkan barisan dan bersatu menggembleng tenaga untuk menghadapi cabaran yang terdekat, iaitu Pilihan Raya Kecil Sungai Limau pada 4 November nanti.

DAP membentuk semula Jawatankuasa Interim DAP Kedah mengikut ketetapan perlembagaan DAP.

Selain Zairil, mereka yang dilantik dalam Jawatankuasa Interim Negeri Kedah itu adalah terdiri daripada campuran pemimpin veteran dan anak muda, serta pemimpin-pemimpin dari luar negeri Kedah termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan Ahli CEC Vincent Wu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...