Durian RUNTUH di Kuala Besut? Tahniah warga Kuala Besut jika ini benar.
Kempen BN di Kuala Besut, satu undi RM19,000
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mengutuk suasana berleluasanya kejadian pancing undi dengan dana awam yang dilakukan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada hari ke-10 tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut yang membabitkan peruntukan sebanyak RM337 juta.
Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini, badan reformis pilihan raya itu menegaskan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu.
Bersih juga tidak menolak kemungkinan berlaku lonjakan amaun ini dalam tempoh tiga hari baki kempen sebelum hari membuang undi, 24 Julai ini.
Bersih berpendapat, amalan memancing undi dengan menyalahgunakan dana awam, bukan sahaja melanggar etika pilihan raya, tetapi turut menunjukkan perancangan pembangunan secara ad-hoc didorong oleh kepentingan politik semata-mata.
Sehubungan itu, Bersih menyeru pengundi Kuala Besut untuk bebas daripada amalan rasuah memandangkan rakyat berhak untuk menerim dana pembangunan secara sihat.
Memandangkan kepentingan pilihan raya terus terjamin, Bersih 2.0 menggesa semua pengundi Kuala Besut yang tinggal atau bekerja di tempat lain untuk pulang ke kawasan mereka untuk mengundi bagi menghalang sebarang percubaan penyamaran di kalangan pengundi hantu dan mengundi bagi pihak mereka.
Sebelum ini, PAS berpendapat peruntukan sebanyak RM377.45 juta untuk projek-projek yang diumumkan kerajaan setakat ini jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.
Sebanyak sembilan projek yang dijanjikan kerajaan BN, termasuklah projek mendalamkan Sungai Besut bernilai RM250 juta, membina pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out bernilai RM10 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan projek masjid terapung dengan kos RM12 juta.
Terbaru, kerajaan mengumumkan projek pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka. -HD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan