30 Julai 2013

KEDAH AMAN MAKMUR, MAKNANYA ORANG BERNIAGA SENANG CARI MAKAN..? NIE YANG HANGPA MERUNGUT PASAI APA....

SELEPAS KEDAH DIAMBIL ALIH OLEH UMNO/BN BERMENTERI BESARKAN ANAK MAHATHIR...PENIAGA NAK DAPAT RM1 SEHARI JUALAN PUN PERIT DAN SAKIT!!!!!!


Hasil jualan RM1 sehari

PENDANG – 'Hasil jualan saya dapat hanya RM1 sehari, ada hari kadang-kadang tak dapat langsung,’ itulah situasi yang terpaksa dihadapi seorang peniaga kedai kasut yang terpaksa menanggung kerugian selepas diarah berpindah oleh Majlis Daerah Pendang (MDP) ke premis perniagaan lain tiga bulan lalu.

Tee Hong Lan, 48, berkata, dia bimbang melihat perniagaannya yang semakin merosot selepas berpindah dari Wisma Seri Pendang ke bangunan Seroja.

Menurutnya, sudah 10 tahun dia menjalankan perniagaan di Wisma Seri Pendang dengan memperoleh hasil jualan sebanyak RM300 sehari. Pendapatan bulanan pula boleh mencecah RM10,000.

“Saya diarah berpindah ke sini selepas bangunan perniagaan lama dijadikan pejabat pentadbiran MDP yang diubah suai menjadi Wisma MDP.

“Sejak berpindah tiga bulan di sini saya hampir menangis, kerana tiada pelanggan langsung yang datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Hong Lan berkata, perniagaannya merosot teruk berpunca daripada laluan masuk ke kawasan itu dijadikan laluan sehala menyukarkan pelanggan berkunjung ke kawasan itu.

“Selain laluan sehala, masalah parkir juga terhad turut memberi kesan kepada rata-rata perniagaan di situ.

“Dulu bila Ramadan, saya akan buka kedai sampai lewat malam tetapi sekarang jam 5 petang kawasan ini sudah sunyi sehingga saya terpaksa tutup kedai,” katanya.

Dia berkata, selain kasut dia juga menambah beberapa barang-barang perniagaan lain seperti pakaian, makanan ringan dan pelbagai jenis permainan kanak-kanak untuk menarik pelanggan namun usaha itu dilihat tidak berhasil.

Keadaan itu menyebabkan dia bingung memikirkan bayaran sewa premis yang terpaksa dijelaskan setiap bulan sebanyak RM300.

“Sejak berpindah di sini saya masih lagi tidak dapat menjelaskan bayaran sewa kerana bagi saya bayaran sewa yang dikenakan adalah tinggi sedangkan ruang premis diberikan sempit.

“Saya tidak berpuas hati apabila bayaran sewa yang dikenakan terhadap saya RM300 sedangkan premis lain di kawasan itu dikenakan sebanyak RM100 sahaja,” katanya.

Ruang kedai yang sempit turut menyebabkan Hong Lan tidak dapat membuka semua barang-barang perniagaannya daripada kotak dan masalah itu turut dibincangkan oleh pihak berkenaan.

Katanya, ketika mula berpindah ke bangunan perniagaan baru dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri memasang besi syiling ,lampu dan cat dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM3,000.

“Saya berharap agar pihak berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini. Saya juga difahamkan bukan perniagaan saya sahaja merosot tetapi banyak lagi perniagaan sekitar kawasan ini yang mengalami nasib yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

100 peniaga Pekan Rabu bantah tindakan kerajaan UMNO Kedah

UMNO ternyata gagal dalam mengurus rakyat berniaga!



ALOR SETAR - Kira-kira 100 peniaga Pekan Rabu, dekat sini, mengadakan demonstrasi aman kira-kira sejam di pekarangan kompleks perniagaan berkenaan kerana mendakwa kewujudan tapak niaga di kawasan parkir menyulitkan mereka.

Peniaga, Abdul Hamid Muhammad, 59, berkata, sejak kompleks perniagaan itu beroperasi kira-kira 35 tahun lepas, perniagaan mereka tidak pernah terjejas.

“Bagaimanapun, sejak awal Ramadan ini apabila kawasan parkir dijadikan tapak niaga, sambutan diterima kami agak hambar dan kurang memberangsangkan.

“Ia turut mengakibatkan masalah meletakkan kenderaan berlaku apabila hampir 60 tapak parkir dijadikan lot tapak niaga, yang mana ia turut menyukarkan kami untuk membawa masuk stok ke dalam kedai,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka dikenakan saman apabila meletakkan kenderaan untuk memasukkan stok, walaupun beberapa kali mengemukakan aduan namun, pihaknya menerima maklum balas mengecewakan apabila pihak majlis bertegas untuk membenarkan perniagaan dijalankan.

Menurutnya, dia mengalami kerugian agak banyak kerana hanya memperoleh sekitar RM50 sehari berbanding lebih kurang RM300 hingga RM 400 sebelum ini.

“Selepas ini, mereka berharap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak meneruskannya pada masa akan datang,” katanya.
Manakala, peniaga, Mohd Abdullah Kadir, berkata, kebanyakan peniaga mengalami kerugian walaupun berada di kawasan agak strategik, jadi mereka merasakan tindakan menukar kawasan parkir menjadi tapak niaga ini tidak adil.

Katanya, kadangkala dia tidak memperoleh pendapatan langsung kerana orang ramai sukar meletakkan kenderaan masing-masing hingga menyebabkan mereka enggan memasuki kompleks perniagaan itu.

Sementara itu, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan dakwaan dikemukakan kebanyakan peniaga Pekan Rabu bahawa perniagaan mereka hambar berikutan kawasan parkir dijadikan tapak niaga.

Bagaimanapun, beliau mengakui berlakunya masalah kekurangan kawasan parkir berikutan satu kawasan meletakkan kenderaan di Pekan Rabu ditutup untuk memberi laluan kepada operasi perniagaan sepanjang Ramadan.


“Peniaga tapak karnival jualan Ramadan memaklumkan jualan mereka juga tidak menggalakkan dan tidak ramai yang keluar membeli lagi buat masa ini. Jadi, saya berpendapat bahawa sambutan hambar disebabkan penduduk masih belum mendapat gaji.

“Masih ramai penduduk tempatan yang belum pulang untuk berhari raya, jadi selepas ini jualan mereka tak kira sama ada peniaga Pekan Rabu mahupun peniaga tapak karnival jualan Ramadan pastinya akan meningkat,” katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hangpa jgn dok komplen banyak sgt nih!! Ikut sajalah apa arahan kerajaan UMNO yg hangpa pilih....baguih betui no!!?? Depa kan pandai memerintah...berkebajikan pulak tu...jadi tak ada alasan hangpa semua orang melayu nak komplen...aku tak terima langsung!!!Esok PRU 14 hangpa pilih lagi no...kalau rasa umoq tak panjang...pesan siap2 kat anak cucu suruh pilih UMNO lagi no!!??

Tanpa Nama berkata...

Asal rugi tuduh umno atau bn..asal untung disebabkan pembangkang..apa ni..macam budak2..nampak sangat hang tulis tanpa periksa dan selidik betui2...kuin tu macam mana..lagi juta2 punya rugi masa pembangkang dok perintah habaq hang..ni orang pergi sikit sebab pindah nak bising..wisma sri pendang tu pun bukannya ramai orang dok pi pun..sekarang ramai dok pi nun pendang square..baru buka..pasal pekan rabu pula banyak lagi tempat parking kat kawasan tu..yang dok marah orang jual kat seberang jalan tu buat apa..masing2 cari rezeki... Allah dah sedia semua,terimalah qada dan qadar...salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...