31 Julai 2013

Kedah Aman Makmur : Industri Ayak Ketum, Pengedar tumbuh macam Cendawan?



Ayak Ketum Campuk ubat batuk, memang dah top di Kedah, pergi di daerah mana depa dah juai macam ayak tebu bro.....

Pengedar ketum nangis teresak , TERKENAL DENGAN PANGGILAN KELADU!!!

BALING- Terfikir perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam.

Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai.

Ketua Polis Daerah Baling, Superetendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit.

"Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemuda terbabit menangis ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi 'runner' dalam penjualan ketum ini. Polis akan memastikan ke semua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum ini.

Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kawasa sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu.

Pemuda terbabit bakal menyambut Aidil Fitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara mandotori kepada pemuda terbabit.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...