02 Julai 2013

HOT ! BERAPA HARGA PENTHOUSE ROSMAH DI KESINGTON, LONDON?


Projek pembangunan paling berkontroversi di London kini telah diambilalih oleh pengeluar minyak kelapa sawit paling berkontroversi di dunia – Sime Darby

Parti Konservatif Pimpinan Cameron Harus Berhati-Hati Sebelum Mendekati Najib
Hubungan antara UK dan Malaysia seharusnya mesra secara semulajadi.

Namun dalam masa lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke UK minggu ini, majlis sambutan lawatan yang dianjurkan oleh David Cameron seharusnya digunakan untuk mengeratkan hubungan dua Negara itu dan bukannya untuk mencari peluang kewangan secara tamak dan bersifat peribadi.

Lagipun, Najib kini mewakili kerajaan minoriti yang tiada kredibiliti, di mana setiap orang tahu bahawa kemenangan kerajaannya pada pilihanraya lalu adalah menerusi penipuan dan sogokan yang amat meluas dan sukar untuk disembunyikan.

Warga Britain seharusnya menyokong rakyat Malaysia dalam perjuangan mereka mengasaskan demokrasi tulen, 50 tahun selepas pilihanraya pertama diperkenalkan, dan bukannya cuba mendapatkan pelaburan daripada rejim korup ini.


Jutaan rakyat Malaysia telah menentang penipuan semasa pilihanrtaya umum yang dilakukan oleh BN, pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah BN yang meluas. Kerajaan UK seharusnya bertindak mengikut budibicaranya.

Cameron tidak seharusnya membuta tuli pada penipuan pilihanraya Malaysia yang lalu atau menadah tangannya untuk mendapatkan wang pelaburan kotor daripada BN, yang telah mereka curi dari rakyat mereka sendiri.

Sememangnya, sambil berdepan dengan cemuhan dan pendedahan perilaku korup BN di Malaysia sendiri termasuk perhimpunan di jalanan, Najib akan menganggap kunjungannya ke UK itu sebagai suatu sambutan berpromosi.

Namun, kerajaan UK tidak akan bersekongkol dengan orang Malaysia jika tujuan mereka adalah untuk membersihkan imej tercemar pemimpin mereka itu. Dan jika tujuan mereka sedemikian maka usaha itu akan menghantui integriti mereka, sama seperti skandal perjanjian pembekalan persenjataan Empangan Pergau yang telah menghantui Margaret Thatcher suatu ketika dahulu.

Awas pada penyaluran wang haram



Membuta-tuli? Wang disalurkan keluar dari Malaysia pada alasan yang salah. Adakah kerajaan UK bersedia untuk mengalu-alukannya, tiada sebarang persoalan?

‘Peluang’ Malaysia telah dilihat sebagai suatu keutamaan bagi sesetengah kumpulan orang-orang kenamaan dalam gabungan parti-parti politik sejak hari pertama mereka mentadbir.

Dan dengan kenyataan-kenyataan yang sering diutarakan oleh Pesuruhjaya Tinggi mengenai peluang-peluang perdagangan dan kebangaan mereka pada kunjungan-kunjungan penting termasuk yang dilakukan oleh pasangan di-raja Will dan Kate ke Sabah tahun lalu.

Namun, sebagaimana dijelaskan oleh seorang tokoh pembangkang kepada Sarawak Report, “apabila anda cuba berbual dengan tokoh-tokoh kerajaan UK mengenai soal pelanggaran hak-hak asasi manusia di Malaysia dan rasuah, respon mereka yang anda dapat adalah mengenai pembukaan cawangan Tesco yang baru di KL”.

Tweet

BN telah menjadi bising mengenai kejatuhan kredibilitinya sejak pilihanraya Mei lalu, namun kebisingan mereka tenggelam kerana kepentingan komersil mereka terhadap Malaysia.

Mengenai komen-komen dalam laman Twitter Pesuruhjaya Tinggi UK Simon Featherstone pada minggu lalu, dia telah bergegas ke London untuk menyambut kunjungan Najib.

Komen-komen Cameron mengenai kunjungan dari Malaysia – namun tidak menyentuh mengenai protes-protes demokrasi, hanya mengenai perdagangan antara dua negara …

Menteri di Jabatan Luar Negara, Hugo Swire juga menghianati focus yang serupa dalam laman Twitternya.


Wah! Malaysia adalah pemilik harta paling banyak di UK
.

.Swire mungkin mempunyai “pandangan yang baik” mengenai perubahan, ketelusan dan kebebasan, namun dia “menyokong penuh” pembangunan Stesen Janakuasa Battersea yang dikendalikan oleh syarikat Sime Darby milik Kerajaan Malaysia.

Sime Darby merupakan syarikat kelapa sawit terbesar di dunia, terima kasih pada pemusnahan hutan Borneo di Sarawak dan Indonesia dan juga pemusnahan di Sumatra.


Borneo yang terbakar – Suspek utama, Sime Darby melabur di Stesen Janakuasa Battersea telah mengejutkan para pencinta alam sekitar dan pejuang kempen perubahan cuaca

Syarikat Sime Darby timbul sebagai suspek utama yang menghasilkan asap dan jerebu yang menyelubungi rantau itu selama beberapa hari, akibat kegiatan pembersihan dan pembakaran hutan untuk pembukaan ladang kelapa sawit atas hutan hujan tertua di dunia.

Masalah ini telah membawa kesengsaraan pada rakyat Malaysia kebanyakannya, yang telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sebuah kerajaan pada pilihanraya Mei yang lalu.

Mereka juga turut menunjukkan bantahan mereka terhadap Kerajaan Ratu UK.

Dan dalam masa kerajaan Britain merancakkan perdagangan untuk syarikat BAE Systems dengan Malaysia, ia juga merupakan suatu masalah bagi Kerajaan Ratu bahawa rekod buruk BN hanya akan berakhir dengan sogokan yang besar pada ahli-ahli politik kanan – seperti kes mahkamah berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene dari Peranchis yang masih dijalankan sehingga kini.

Perkembangan pasaran hartanah Malaysia di London

Kini sudah tiba pada masanya menteri-menteri UK mengkaji dasar-dasar mereka menggalakkan kemasukan wang BN yang meragukan ke dalam pasaran hartanah UK itu.

Ini sebenarnya wang dari Malaysia, tetapi dilaburkan oleh individu-individu yang telah menyalurkannya secara korup dari dana awam yang datangnya dari rakyat. Tokoh-tokoh Malaysia yang berskandal dalam ‘pengaliran wang awam’ sudah dikenali.


Ahli-ahli politik BN dan bekas-bekas ahli politik mereka kini bertumpu pada hartanah London serta membeli keseluruhan blok-blok bangunan untuk diusahakan sebagai hotel dan apartmen-apartmen mewah – bagaimanakah mereka mendapatkan wang mereka itu?

Haruskah orang-orang kenamaan di London merasa malu bahawa wang haram itu dilaburkan di UK dan bukannya di Malaysia, di mana wang itu seharusnya dilaburkan untuk pembangunan prasarana kesihatan, perubatan, pelajaran orang-orang yang telah menjadi mangsa kerakusan BN?


Ahli-ahli politik UK menyambut baik kebanjiran pembeli-pembeli hartanah dari Malaysia – Najib sendiri memiliki sebuah penthouse mewah di Kesington.

Dalam masa penderma-penderma politik yang kaya-kaya telah meraih banyak untung dengan menjual hartanah pada harga yang melambung kepada golongan Bumiputera bodoh dari Malaysia, kesannya adalah peningkatan harga pada pasaran hartanah, yang akhirnya akan mengusir orang-orang Britain sendiri keluar dari kotaraya mereka sendiri.

Maka, dengan kehadiran Najib di upacara ‘pecah tanah’ di hadapan kamera-kamera di Battersea minggu depan, ramai di kalangan orang Malaysia dan Britain akan berganding bahu memikirkan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi oleh hubungan Cameron/Najib itu?

Perkara ini sudah tentunya akan direkodkan.~ SR
sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lama sungguh tak dengar citer pasal Rosmah. Rindu pulak dengan citer2 sensasi Rosmah cam dulu. Berbalik pada Rosmah, bila anak dara Rosmah akan kawin ya? Maklumlah Putri Sultan Kelantan yg berkahwin dgn Pengiran Brunei tak ribut2 dan kecoh2 majlis pertunangan, alih2 tup2 berseri mempelai bernikah dan sanding diatas pelamin. Putri Najib dan Rosmah yg bertunang dengan putra dari Khazakstan gah seantero dunia semua pembesar2 dlm dan luar negara dijemput dah lebih setahun dulu, tup2 sonyap ajo. Cepat sikit Rosmah sementara Najib jadi PM dan kau 1st Lady. Kalau Najib tak jadi PM lagi nanti kempunan nak kawinkan anak kat Sri Perdana nanti. Tak meriahlah tak dpt masuk dlm berita dunia utk dpt title Grand Weeding of the World...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...