06 Februari 2013

ZAHID KANTOI LAGI ! MENTERI PERTAHANAN CUMA BALACI NAJIB UNTUK NAFIKAN RASUAH KELUARGANYA.....(+video)



Najib Altantuya Arah Boustead Beli Syarikat Deepak!


Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri, Najib Altantuya merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

"Arahan diberikan daripada Najib Altantuya kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib Altantuya didakwa memberi arahan tersebut.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib Altantuya "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Ahmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.

Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu apa-apa".

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) dikenakan terhadap Najib Altantuya kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.


Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.

Pengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.

Urusniaga menjadi sasaran kritikan KEADILAN yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...