07 Februari 2013

Panas ! Apahal Pulak nie... Sapa Besar Kementerian Kesihatan ke... atau Pusat Perubatan UM...hangpa nak main ke nak kerja...?



Peguam dakwa PPUM tolak bedah siasat kedua Sugumaran


Dr Pornthip Rojanasunand, pakar patologi forensik dari Thailand.


KUALA LUMPUR, 7 Feb — Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melarang Dr Pornthip Rojanasunand daripada menjalankan bedah siasat kedua keatas C Sugumaran meskipun Kementerian Kesihatan telah memberikan kebenaran bertulis semalam, kata peguam keluarga tersebut hari ini.

N. Surendran dan Latheefa Koya memberitahu wartawan semalam bahawa mereka telah memperoleh kebenaran untuk ahli patologi forensik dari Thailand tersebut menjalankan bedah siasat keatas pengawal keselamatan yang didakwa mati dibelasah anggota polis, selepas pertemuan dengan kementerian.

Peguam Surendran.“Kami merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dalam media hari ini dimana menyatakan kementerian tidak membenarkan atau tidak membenarkan bedah siasat kedua keatas C Sugumaran, dan kebenaran mesti datang daripada pihak polis,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.



“Konsisten dengan pendirian Liow, keluarga mangsa telah menerima sepucuk surat hari ini bertarikh 7/2/2013 daripada PPUM yang menolak permohonan bedah siasat kedua melainkan memperoleh arahan bertulis daripada polis,” tambah peguam PKR tersebut.

“Ini sangat mengejutkan dan secara terang cubaan sabotaj untuk menghalang bedah siasat kedua daripada dijalankan.”

Surendran menegaskan pihak polis sebelum ini enggan memberikan arahan bertulis kepada hospital untuk menjalankan bedah siasat kedua walaupun mereka berkata tiada sebarang bantahan keatas prosedur tersebut.

Surendran memberitahu, Kementerian Kesihatan juga bersetuju untuk menyediakan kemudahan yang sepatutnya di hospital kerajaan kepada Dr Pornthip.

Dr Pornthip adalah ahli forensik Thailand yang memantau bedah siasat kedua Teoh Beng Hock untuk mencari kesalahan dalam kematian misteri ahli DAP itu di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Dr Pornthip yang juga merupakan pengarah Institut Sains Forensik Thailand, terkenal di Thailand kerana seringkali bertengkar dengan kerajaan sewaktu kempen anti dadah bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra pada tahun 2003.

Surendran memberitahu Isnin lalu Dr Pornthip bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat Sugumaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan laporan forensik mengenai kematian Sugumaran selepas dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Liow diarahkan untuk memantau laporan forensik selepas Datuk Seri G Palaneval yang juga menteri di jabatan perdana menteri membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabine
t.


Lapuran Semalam  Kementerian Setuju :


Dr Pornthip dibenar bedah siasat Sugumar lepas keluarga tunggu 5 jam
KUALA LUMPUR 7 Feb: Kementerian Kesihatan setuju mengeluarkan surat kebenaran kepada ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bagi menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar hasil desakan peguam KEADILAN dan keluarga mendiang.

Kebenaran itu setelah peguam dan keluarga terpaksa menunggu lima jam di kementerian tersebut di Putrajaya sejak 2.00 petang semalam.

“Kementerian setuju untuk bantu keluarga Sugumar jalankan bedah siasat kedua di mana-mana hospital kerajaan.

“Kementerian juga jelaskan bagi membolehkan doktor dari luar (jalankan bedah siasat), permohonan untuk kebenaran sementara perlu dibuat,” kata peguam keluarga, N Surendran di ruang utama pejabat kementerian itu.

Beliau berkata, surat kebenaran bertulis dari pihak kementerian untuk menjalankan bedah siasat kedua secepat mungkin dan tanpa halangan kerajaan sebagai jaminan.

“Kita berpegang janji kerajaan melalui kebenaran ini. Kerajaan buat keputusan betul, walaupun ia patut sejak awal lagi…diharap mereka jadikan kes ini sebagai pengajaran,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Turut bersama antaranya Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya; Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S Jayathas dan ahli keluarga mendiang.

Mereka ke sana selepas menerima jawapan negatif kementerian berhubung tuntutan bedah siasat kedua ke atas Sugumar oleh Dr Pornthip.

‘Duduk Bantah’ berjam-jam

Rombongan tersebut dihalang masuk ke pejabat itu, sebelum Ketua Komunikasi Korporat KKM, Zailani Hashim turun berbincang kira-kira 2.45 petang.

Diminta untuk bertemu pegawai tinggi Kementerian, Zailani memberi alasan semua menghadiri mesyuarat di luar.



Tidak berpuas hati dengan tindakan Zailani yang cuba berdolak dalik, mereka mengadakan protes ‘Duduk Bantah’ dan bersila di lantai depan pejabat tersebut.

Pada pukul 3.20, Surendran, Latheefa, Manickavasagam serta dua ahli keluarga mendiang dibenarkan naik untuk berbincang dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Azhar Yahaya dan Pengarah Jabatan Perkembangan Perubatan, Datuk Dr Azmi Shapie.

Perbincangan selesai kira-kira setengah jam kemudian dan kebenaran bertulis hanya diberikan dua jam seterusnya, pada pukul 5.55 petang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...