06 Februari 2013

TERKINI ! KERAJAAN BN GAGAL LAKSANAKAN " GAJI MINIMUM "

635 majikan tangguh pembayaran gaji minimum di Johor

NUSAJAYA, 6 Feb — Sebanyak 635 majikan di negeri ini dibenar menangguh pelaksanaan pembayaran gaji minimum kepada pekerja mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor M. Asojan.

Beliau berkata mereka terdiri daripada ahli Persatuan Hotel Malaysia dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia.

“Ahli Persatuan Hotel itu akan mula melaksanakan pembayaran gaji minimum pada bulan Oktober manakala ahli Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan pada April tahun ini,”
katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Asojan berkata penangguhan itu dipohon kerana majikan menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran gaji minimum sebanyak RM900 yang mula dikuatkuasa awal tahun ini. 





Menurut beliau, majikan yang mempunyai kurang lima atau kurang pekerja, boleh mengemukakan permohonan penangguhan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara sebelum April tahun ini.

Majikan boleh berbuat demikian dengan mengemukakan borang maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia; laporan kewangan yang telah diaudit untuk tempoh tiga tahun yang terakhir; dan maklumat bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing secara berasingan berserta butiran gaji mereka.
— Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...