26 Januari 2013

TERKINI ! MP PAS MESRA BN DIPECAT..!!!



Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyua ratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.




Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas ne lembab buat keputusan..macam kat penang gak..nape biar je bekas ketua pemuda pas berdemo je..pecat je la..kalo dap n pkr dah diambil tindakan..

Tanpa Nama berkata...

Maaf. PAS Bukan lembab sangat. Sebenarnya Keputusan telah pun sedia maklum dan diketahui umum juga akhirnya. Cuma tindakannya tidak boleh dibuat tergesa gesa. kekadang dalam membuat sesuatu keputusan itu perlu ada displin serta rasa hormati prinsip keadilan kemanusiaan selaras dgn kesalahan.

benda atau barang yg akan busuk atau membusuk akan terhidu juga dan perlu dilupuskan.kekadang berguna untuk dibuat baja.

Tanpa Nama berkata...

kasihan. pergi ke palestin untuk membantu umat Islam di sana pun dipecat? sbb melanggar peraturan berjemaah? tapi kalau bersama ketua umum 'menyokong keselamatan negara israel' tak kene pecat pulak. mcm ni ke pas skrg?

Tanpa Nama berkata...

pakcik nak tanya sikit. pakcik ni konfius. pakcik nak ikut yg mana satu? cakap presiden atau cakap ust harun din? sbb presiden benarkan kristian guna kalimah Allah untuk tuhan trinity tapi ust harun din cakap perbuatan berkenaan blh mbawa kpd kekufuran. pakcik dah belek2 harakah tapi presiden takde langsung tarik balik kata2 beliau. skrg ni pulak, walaupun majlis syura dah buat keputusan tak blh, tapi khalifah guan eng, anuwar dan karpal tetap cakap blh. so, kita nak patuh pada siapa?

-pak atan-

Tanpa Nama berkata...

Nasaruddin ni tidak ada rasa harga diri, dah terang yang PAS tak mau dia lagi masih tak mahu meninggalkan PAS tapi nak tunggu PAS PECAT dia dan boleh mengadu pada UMNO kononnya PAS tu parti zalim. Nasaruddin tiada maruah dan terus mengikut bontot Najib ke majlis agama, tak tahu malu langsung kerana nak hidup sebagai orang agama yang ada kelas, ada nama, ada harta, ada kawan berharta dan pengaruh tapi dia sendiri tiada prinsip hidup setelah kalah pada Mat Sabu. Tunggu dia akan memperlekehkan PAS lagi khasnya yang berkaitan dengan misi, akidah, martabat dan perjuangan PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...