01 November 2012

Terkini ! Kerana Altantuya Laman Web Asia Sentinel Diserang

Laman Web Asia Sentinel Diserang!

Laman web berbahasa Inggeris, Asia Sentinel diserang selama 10 jam pada 30 Oktober lalu, memaksa penyedia kandungannya menutup keseluruhan operasi sehingga ia pulih pada 10 pagi keesokkannya.

Serangan yang menggunakan DDOS (distributed denilal of service) itu mula dikesan sejak jam 10 malam bertujuan menghalang penyiaran maklumat sensitif termasuk skandal Scorpene dan isu berkaitan rantau Asia Tenggara sejak kebelakangan ini.

Diipercayai ia diserang berkaitan dengan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 yang terus dibongkar oleh beberapa wartawannya termasuk John Berthelesen hingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno termasuk perdana menteri, Najib

Dengan tajuk 'Halloween At Asia Sentinel' itu, juruteknik bertugas bertungkus lumus membaiki masalah yang timbul ekoran peningkatan trafik luar biasa hingga menyebabkan sistem pelayannya lumpuh.


Tanpa menamakan mana-mana pihak, mereka masih lagi menyiasat punca serangan tersebut sambil mengesahkan bahawa laman web mereka kini sudah pulih sepenuhnya.

Misteri skandal pembunuhan Altantuya sahaja telah menarik seramai 68,000 pelawat unik dari seluruh dunia
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...