29 Oktober 2012

Panas ! KM Sarawak Di Tendang Isterinya dikhalayak ramai...?


Sarawak Report melaporkan pada awal bulan ini iaitu pada hari Jumaat 12 Oktober yang lalu orang ramai yang berada di Wisma Bapa Malaysia telah menyaksikan satu kejadian yang memalukan buat seorang pemimpin.

Kejadian tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga isteri mudanya Ragad.

Dimana dalam kejadian Ragad dikatakan tiba-tiba muncul di bangunan tersebut untuk menemui suaminya Taib Mahmud.

Dan beliau terus menunggu sehingga Ketua Menteri Sarawak itu turun menemuinya.

Seorang saksi berkata: "Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"

Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.

Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan.

Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.

Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahun
ya.

Laporan penuh sila baca di sini ( Sarawak Report )

Nasib hanglah Taib Mahmud...
~ ASD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

padan muka.............

Tanpa Nama berkata...

Bila dia nak letak jawatan ni. Janji tetap janji.... perlu ditunaikan kalau tak.... tahulah Kerajaan Pusat terima akibatnya. Dengan Najib-Najib kena tendang dari kerusi Pekan.

Tanpa Nama berkata...

Kambing tua teragut pucuk muda beracun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...