28 Mac 2012

GST SELEPAS PRU13


Nampaknya, mimpi ngeri akan menghantui rakyat Malaysia tidak lama lagi. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas PRU 13. Ini adalah pasti.

Menteri NKRA, KPI dan pelbagai istilah, Datuk Seri Idris Jala semalam sudah memberi satu isyarat jelas. Untuk mempertahankan dasar yang sedia ada iaitu pro kapitalisma, cukai harus dikenakan kepada rakyat.

Dengan cara ini, ekonomi kapitalisma dapat diselamatkan dalam satu jangkamasa terdekat. Apabila dilaksanakan nanti, berus gigi yang kita beli juga akan dicukai.

Lihatlah apa yang berlaku kepada negara yang telah melaksanakan GST seperti Filipina? Ratusan ribu rakyatnya terpaksa keluar negara untuk bekerja. Sehingga industri buruh eksport menjadi salah satu pendapatan terbesar negara tersebut.

Mengapa ini berlaku? Sedangkan satu ketika dahulu, Filipina adalah negara gergasi ekonomi Asia. Sewaktu perang Korea pada tahun 50an, Filipina adalah diantara negara yang memberikan bantuan kewangan kepada Korea Selatan.


10 tahun selepas GST di Malaysia


Golongan kelas menengah yang besar di Malaysia akan bertukar menjadi golongan kelas bawah selepas GST dilaksanakan. Sedangkan golongan elit akan terus hidup senang lenang.

Kalaulah benar-benar negara perlukan wang, boleh saja dikejar syarikat-syarikat besar yang lari dari cukai. Akan tetapi, ini tidak dilakukan. Yang dihambat adalah rakyat bawahan.

BN akan melaksanakan GST sebaik saja Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas PRU 13. Pada ketika itu, tidak ada lagi provokasi tentang Melayu, Islam dan Murtad.

NGO seperti Perkasa akan senyap sahaja melihat orang-orang Melayu menjadi buruh asing diluar negara. Apa yang berlaku kepada Indonesia dan Filipina sekarang ini akan dirasai oleh Malaysia.

Pilihan ditangan anda. Asalkan akal digunakan dan tahu bahawa rakyat adalah RAJA di Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...