30 Mac 2012

Panas !! Setiausaha Agung PAS Mahu Ketua Pembangkang Ditukar

Posted by tukanglawan

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberikan jawapan yang menggemparkan semasa ditanya daripada media perdana mengenai persoalan apakah beliau mahu ketua pembangkang ditukar.


Ini adalah berhubung isu yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual yang juga disertai oleh segerombolan katak-katak takde otak.

Wartawan dari satu agensi media arus perdana yang terkenal dengan sikap berat sebelah dalam menyiarkan berita tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku cuba menggugurkan Anwar sebagai ketua parlimen, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa menjawab memang beliau mahu ketua pembangkang diparlimen ditukar.

Jawapan Yang diberikan memang cukup panas, Mustafa Ali menjawab “Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,"

Kah..kah..kah.. memang panas hati penyokong tegar BN yang sudah tidak peduli batasan perbuatan mendengar jawapan ini,

Lihatlah, selepas mereka cuba memburuk-burukkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan kononnya beliau

ajen asing, ajen yahudi, Ajen Ameriaka, Ajen russia, Jerman, China dan sebagainya , dilemparkan pula tohmahan mahu bekerjasama dengan yahudi ( jawapan itu perlu difikir dalam-dalam maksudnya), kononnya membelakangi orang islam, pengkhianat orang melayu, perosak negara, kaki liwat , kaki pelacur dan sebagainya. kini mereka mahu melakukan serangan besar dengan menggunakan kekuatan tentera "berkatak" yang juga akan turut disertai seorang anak dara tua.

Tidakkah kita terfikir, mengapa mereka terus-terusan menyerang Anwar?, Anwar ini adalah ketakutan utama Umno, dari zaman muda sebenarnya Anwar ini adalah rebutan antara Umno dan PAS, mereka sedar gabungan Pakatan Rakyat ini kekuatan penyatuannya terletak pada Anwar, jika Anwar dapat ditumbangkan, Pakatan Rakyat itu akan goyah dan terus mereka ini (BN) akan berkuasa.

Apakah rakyat akan percaya pada taktik kotor kekuningan umnoapco ini?, tidakkah mereka tahu kita sudah bosan diperbudakkan dengan cerita -cerita palsu ini? kita mahukan satu gelangan politik yang didalamnya lawan perlulah kuat dan hebat, bukan dayus dan bodoh.

Menabur fitnah dan mereka-reka cerita untuk menjatuhkan lawan itu perbuatan si pengecut, maka

nanti tinggalannya hanyalah hampas-hampas rosak dan busuk. apakah kita mahu wariskan kepada generasi mendatang dengan sikap buruk budaya fitnah?, budaya semseng ganggu ceramah orang?, atau kita mahu lihat lawan politik bertarung dalam gelanggang siapa hebat dan bijak mentadbir jadi kerajaan?.

Sistem politik dinegara ini dirosakkan oleh Umno, apa cara sekali pun kita harus lumpuhkan terus umno agar tidak lagi bangkit. kerana selagi bangkit dan bernafas umno itu, ia umpama barah yang bukan setakat sedut harta dalam negara, malah memperkosa nilai murni demokrasi.

Soal siapa yang layak jadi ketua pembangkang selepas PRU13 nanti, "tukanglawan" tidak nampak najib calon yang layak, si pengecut itu tidak pandai berdebat, malah tidak berani pun, jadi bagaimana mahu jadi pembangkang, lagi pun dengan pelbagai skandal yang terpalit di bibir merahnya, apakah dia masih akan bebas selepas PRU 13 nanti?


Najib juga lemah, malah Rosmah itu nampaknya lebih bagus dan berani dari Najib. dia sangat berani sehingga muncul di TV dan beri ucapan, sangat berani sehingga dia melanggar protokol berjalan lebih depan dari Perdana Menteri, tapi Rosmah juga tidak mungkin, Rakyat terlalu jelek dengannya.

Mungkin hanya tinggal Muyiddin Yassin yang ada, dan kita angkat saja dia jadi Ketua Pembangkang. kerana dia nampak lebih layak berbanding najib. tak kisah lah, mungkin dia lebih layak cuci semua najis yang ditinggalkan oleh pemimpin umno yang diktaktor dan mudah lupa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...