31 Mac 2012

ANWAR DERSEDIA DISAPINA, KATA PEGUAM

Saman mahkamah tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana Ahli Parlimen di dalam premis Parlimen.


PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia disapina berhubung kes Hong Leong vs Low Thiam Hoe.

Pengarah Biro Guamannya, Latheefa Koya berkata sapina itu untuk mengarah Anwar menjadi saksi bagi membantu mahkamah dalam kes tuntutan terhadap Hong Leong Finance Berhad, yang difailkan pada 1998.Sekaligus beliau menafikan dakwaan peguambela D Paralingam yang menyatakan Anwar enggan menerima sapina itu yang diserahkan kepadanya (Anwar) pada 28 Mac lalu.Latheefa menegaskan, “kami terperanjat dengan kejahilan peguam berkenaan tentang peraturan dan hak istimewa seorang ahli parlimen bahawa saman mahkamah tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana Ahli Parlimen di dalam premis Parlimen.

“Malahan tindakan peguam itu untuk menyerahkan sapina di premis Parlimen adalah salah dan melanggar sidang Parlimen,” terang beliau.Menurutnya, Anwar tidak mempunyai halangan untuk menerima sapina itu dan sentiasa bersedia untuk hadir di mahkamah, jika ianya relevan, perlu dan bukan dengan niat untuk menyalah guna proses mahkamah.

“Kami ingin menasihati Paralingam bahawa terdapat beberapa etika yang perlu dipatuhi sebelum sapina dikeluarkan ke atas Ahli Parlimen, apatah lagi beliau ialah seorang Ketua Pembangkang.
“Paralingam boleh menghubungi Tetuan Daim & Gamany untuk menetapkan satu temujanji bagi menyerahkan sapina itu jika beliau benar-benar berminat untuk memanggil Anwar sebagai saksi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...