25 November 2012

LIVE ! LANGKAH HIJAU SAMPAI DATARAN MERDEKA -15,000 PERSERTA

Menyusul lagi...











Perarakan Anti-Lynas “Green Walk” yang telah mencecah kira-kira 15,000 orang telah sampai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur petang tadi di mana mereka di halang daripada memasuki padang bersejarah tersebut.

Peserta yang berbaju hijau daripada berbilang kaum itu telah membanjiri persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tetapi dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka oleh pasukan polis dan penguatkuas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, peserta-peserta berada di dalam keadaan aman dan ceria sementara menunggu isyarat daripada pemimpin mereka berkenaan langkah seterusnya jika masih dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka.

Turut kelihatan dalam perarakan tersebut pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Kuantan Fuziah Salleh, Exco Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong dan Adun Rawang Gan Pei Nei.

Acara “Green Walk” dimulakan oleh pengerusi Himpunan Hijau Wong Jack sebagai kempen untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya operasi loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Wong yang memulakan acara Green Walk di Kuantan pada Nov 12, telah berjalan kaki sepanjang 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meraih sokongan terhadap kempen itu.

Beliau yang memulakan acara tersebut secara peseorangan telah mengumpul beratusan penyokong yang turut berjalan bersama beliau.



Jalan TAR Ditutup Secara Rasminya Akibat Tidak Dapat Menampung Lebih 10 000 Peserta Himpunan Hijau Yang Telahpun Memenuhi Kawasan Itu Gara-Gara Penutupan Dataran Merdeka....


Peserta Langkah Hijau tiba ke persimpangan Jalan Tun Perak. Kurang 300 meter dari Dataran Merdeka

.
Peserta Langkah Hijau dari Kampung Railway, Sentul kini tiba ke Maju Junction. Lebih 5,000 berhimpun



Terkini..Dataran Merdeka Hampir Ditawan









TERKINI : Beribu-Ribu Peserta Himpunan Hijau Sudah Membanjiri Jalanraya Sekarang Dan Sekarang Ini Mereka Melalui Jalan Ipoh Sebelum Sampai Ke DATARAN MERDEKA Sebentar Lagi. Mereka Dijangka Sampai Pukul 4.00 Petang Ini.... Hidup-Hidup, Hidup Rakyat!!!

Kini Detiknya.... Perarakan Himpunan Hijau Ke Dataran Merdeka Berlangsung Ketika perserta2 yang bergerak dari MAJU JUNCTION....  Turut Kelihatan, CheguBard...


Peserta Langkah Hijau kini di Jalan Ipoh. Jumlah mencecah 5,000 orang. Reformasi!

Peserta Langkah Hijau kini di kuil Atheeswaran, dekat Sentul. Jumlah bertambah kepada 4,000 orang. http://twitter.yfrog.com/gylytbgij

Peserta Langkah Hijau kini di kuil Atheeswaran, dekat Sentul. Jumlah bertambah kepada 4,000 orang

Peserta GREEN WALK sdg bergerak ke Dataran Merdeka.. Bravo2


Himpunan Hijau terus mara walau Dataran ditutup kapitalis


Seramai 2,000 aktivis meruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.
Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Mereka mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...