langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

29 November 2012

PANAS ! DEEPAK Ditekan hingga Letak Jawatan 26 Pengarah Syarikat


Deepak dakwa ditekan lembaga pengarah syarikatnya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media termasuk Malaysiakini berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala,"
katanya.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya
.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...