10 Ogos 2012

Tahniah Pandelela! Kutip Gangsa Untuk Negara


Ratu terjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat - gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London, sebentar tadi.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam acara itu, emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia
(366.50 mata).

Dengan kejayaan Penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengutip perak Sabtu lalu.

Keputusan akhir:

EMAS: Chen Ruolin (CHN) - 422.30 mata
PERAK: Brittany Broben (AUS) - 366.50
GANGSA: PANDELELA RINONG - 359.20

Pencapaian Pandelela itu akhirnya memecah dominasi sukan badminton yang sebelum ini menyumbangkan dua pingat perak dan dua gangsa, sejak Malaysia pertama kali menyertai temasya sukan terbesar dunia, bermula di Melbourne pada 1956.

Kejayaan Pandelela ini juga, sehingga kini, menyamai pencapaian kontinjen negara daripada edisi 1996 Atlanta, Amerika Syarikat, yang membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa.
Esok, seorang lagi penerjun negara, Bryan Nickson Lomas, akan menggalas satu lagi tugas berat dalam menambah kutipan pingat apabila memulakan saingan dalam acara 10m platform lelaki.



Bolt terus rakam pelari lagenda di Olimpik



LONDON: Usain Bolt mencatat sejarah hari ini apabila pelari Jamaica itu berjaya mempertahankan pingat emas acara 200 meter Olimpik, iaitu pingat emas kedua dalam acara pecut.

Selepas kejayaan acara 100 meter Sabtu lalu, kali ini Bolt merakam kejayaan lagi dengan mencatatkan masa 19.32 saat di depan leboh 80,000 penonton di Stadium Olimpik.

Kejayaaan pelari berusia 25 tahun ini sekali gus memperbaiki rekod pelari trek lagenda Amerika Syarikat, Carl Lewis, yang menang tiga emas dan satu perak dalam acara pecut pada Olimpik 1984 dan 1988.
Ia juga kali pertama dua acara trek individu dipertahankan dengan kali terakhir oleh pelari Finland, Lasse Viren yang menang emas acara 5,000 meter dan 10,000 meter di Olimpik Munich dan Montreal Games pada 1972 dan 1976.

Kejayaan Bolt lebih manis buat Jamaika apabila rakan pelatihnya, Yohan Blake turut menaiki podium dengan menang perat (19.44 saat) dan Warren Weir untuk gangsa (19.84 saat). - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...