11 Ogos 2012

Kantoi!!! Rakyat Sabah mahu Mahathir duduk diam-diam

AMANAH TUARAN KECAM KENYATAAN MAHATHIR


TUARAN : Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Tuaran mengecam Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Tun Mahathir Mohamad yang secara tiba-tiba muncul menyuarakan sokongan kuatnya terhadap pemberian kerakyatan kepada bilangan warga asing di negeri ini; seolah-olah menghalang pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas pendatang haram tanpa izin di Sabah.

Ketua Penerangan AMANAH Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul menyifatkan kenyataan Mahathir itu seakan-akan mempunyai motif politik terutama sepanjang era beliau menjadi Perdana Menteri.

"Kenyataan terbuka Mahathir ini disokong oleh penghasilan sebuah buku yang berjodol 'Projek IC: Agenda Tersembunyi Mahathir? mengandungi banyak kebenaran yang beliaulah mendalangi kedatangan pendatang asing yang semakin mengundang kebimbangan terhadap nasib serta masa hadapan rakyat Negeri ini," kata Haji Awang Puasa lagi.

Beliau yang merasakan nasib dan masa depan anak tempatan di negeri ini akan terancam dengan pengeluaran kerakyatan kepada pendatang asing yang jesteru itu menyeru Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak agar mengambil tindakan untuk menyiasat Mahathir atas kenyataannya itu.

Berdasarkan perangkaan tahun lalu, penduduk negeri ini berjumlah 651,304 pada tahun 1970 dan meningkat kepada 929,299 dalam tempoh sedekad.

Bagaimanapun, bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi rakyat Negeri Sabah telah meningkat dengan ketara daripada 1.5 juta kepada 2,468,246 orang pada tahun 2000.


Haji Awang Puasa yang percaya tiada jalan pintas bagi orang luar untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di negara ini dan orang luar perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini.

Menyentuh kenyataan Mahathir yang begitu terbuka, Haji Awang Puasa meminta bekas Perdana Menteri itu agar memohon maaf kepada keseluruhan rakyat asal di negeri ini kerana ia boleh mendatangkan perasaan tidak tenteram kepada mereka.

Beliau juga bersetuju dengan beberapa pandangan yang meminta agar Mahathir tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Sabah dan membaiarkan kerajaan yang ada hari ini menjalankan pentadbiran negara tanpa campur tangan daripada orang yang telah bersara sepertinya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...