01 Jun 2012

LIVE HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA ( AMANAT KHAS PRESIDEN ) -Video Inside

Makluman Siaran Langsung Terdekat

LIVE HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA ( AMANAT KHAS PRESIDEN ) -

Tarikh : 1 Jun 2012, Jumaat Jam 8.30 - 12.00 tghari bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.Boleh diikuti melalui Saluran WebTV (Auto Channel), S4 - Kelantan TV & S6 Perlis.TV
LIVE XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA - Tarikh : 1 Jun 2012, Jumaat Jam 4.30 - 12.00 mlm bertempat di Stadium Darul Aman Kedah.
Boleh diikuti melalui disemua saluran utama.





Amanat Presiden PAS kepada ahli PAS;


Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُو ا ٱصۡبِرُو ا وَصَابِرُو ا وَرَابِطُو ا وَٱتَّقُو ا ٱللهَّ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)

PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.

Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat shura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.

3. Penutup
Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai keredhaan Allah.

اله أكبر ولله الحمد



Emas tulen tidak takut api yang kuat - DHPP


ALOR SETAR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin PAS tidak akan rosak dan musnah dengan pelbagai serangan yang dibuat oleh media Umno sekarang ini kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang berucap dalam Himpunan Hijau Menuju Putrajaya pagi ini memetik satu pepatah China bagi menyokong kenyataan beliau itu."Emas tulen tidak takut dibakar dengan api yang kuat," kata Pang Chaw dalam ucapan di Markas Tarbiyah PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut hari ini.

Beliau dipercayai mengulas isu muzakarah yang dipercayai beliau cuba dignakan Umno untuk memerangkap PAS.Bagi beliau, PAS sudah cukup berpengalaman untuk diperangkap lagi dalam isu ini."Jangan mimpi untuk perangkap PAS dengan isu muzakarah.. pepatah Cina emas asli tidak takut kepada api yang kuat," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan saf kepimpinan PAS agar berhati-hati mengulas sebarang isu sekarang untuk mengelakkan sebarang salah faham kerana pihak lawan pandai putar belit kenyataan.Dalam ucapan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah menterjemahkan buku Negara Berkebajikan ke dalam bahasa Cina dan Inggeris.Beliau berharap agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pula bagi memahamkan semua pihak tentang perjuangan PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...