16 Mei 2012

Satu Tarian Harimau atau Tarian Tiang akan diadakan di Rumah AMBIGA?


Mungkin selepas ini satu " tarian harimau atau tarian Tiang" akan diadakan di rumah Ambiga oleh pihak kumpulan anti-Bersih bagi mengalihkan isu utama tuntutan 8 perkara dan sambutan rakyat melebihi 200,000 orang yang menyakiti hati kumpulan tersebut.

Lebih teruk lagi dengan kenyataan Timbalan Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata polis tidak akan mengambil tindakan ke atas kumpulan peniaga yang mengadakan demonstrasi pertama di hadapan kediaman Ambiga pada 10 Mei lalu.

Khalid memberi alasan, peniaga berkenaan boleh berhimpun dan berniaga di lokasi tersebut memandangkan tindakan itu dibuat di kawasan awam dan tidak mengganggu ketenteraman. berkumpul dan berniaga ditempat awam tiada menjadi kesalahan



Kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi tumpuan lagi hari ini selepas dua demonstrasi dilakukan oleh kumpulan anti-BERSIH di kawasan tersebut sejak dalam tempoh seminggu.
Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan petang ini mendapati sekumpulan 10 orang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lima anggota polis hadir ke lokasi berkenaan petang ini untuk membuat kawalan.

Kumpulan penguatkuasa dan anggota polis itu berkawal di satu bahagian jalan, selang beberapa buah rumah daripada kediaman Ambiga.Seorang penguatkuasa DBKL tersebut yang ditemui memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mendapat maklumat bahawa sekumpulan individu akan membuka gerai pasar malam di hadapan rumah peguam tersebut.

Bagaimanapun, tinjauan pada kira-kira jam 5 petang ini mendapati tiada sebarang tindakan seperti itu dijalankan oleh mana-mana kumpulan.

Demonstrasi anti-BERSIH di depan rumah Ambiga itu dimulakan oleh sekumpulan peniaga pada 10 Mei lalu yang membuka gerai dan menjaja burger di lokasi tersebut.

Tindakan itu diikuti dengan satu lagi demonstrasi oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu semalam yang mengadakan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...