18 Mei 2012

Ropanya...Perak di bawah Zambri lebih maju dari Selangor dan P.Pinang

Perak makin advance..


Bila aku terbaca saja cerita ni kat suratkhabar Metro yang aku baca free kat kedai Proton Service masa aku tengah dok merepair kereta pagi tadi, aku terpikir rupanya dah semakin maju negeri aku ni, malah lebih maju dari Selangor dan Pulau Pinang. Memang gempak betul la negeri dimana aku bermaustatin sekarang ni. Dulu cerita2 macam ni jarang2 kita dengar malah mungkin langsung tak pernah dengar rasanya kecuali ketika rampasan senjata di Grik dulu oleh kumpulan Al Maunah.

Sungguh dahsyat sekarang ni bila geng ceti haram atau nama glamernya AhLong menyerang orang ramai yang buat hal dengan mereka menggunakan bom. Dah la mereka cukup top dengan kisah keganasan yang mereka buat, la ni pulak siap serang pakai bom pulak. Aku ingat kes Altantuya jer orang serang pakai bom, malah sekarang ni AhLong pun ikut modus operandi kes pembunuhan Altantuya.

Semalam seorang lelaki berusia 35 tahun kena tahan dengan polis sebab disyaki sebagai pembekal bom tangan. Kira hebat la dia ni sebab orang ramai cuma tau pasal supplier lembu dalam kes NFC jer tapi mamat ni siap jadi supplier bom tangan. Dah tentu laris punya sebab tak ada lagi supplier bom tangan kat kedai2 seluruh negara. Dan bekalan bom tangan pulak tu dia bagi kat AhLong. Memang bertambah langsi la geng2 samseng AhLong. Kalau peminjam tak mau bayar hutang, konfom bersepai la badan macam mana Altantuya kena dulu.

Dan sebuah rumah di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah menjadi sasaran pertama kumpulan AhLong ni. Mungkin jugak mereka nak test keberkesanan bom tangan yang mereka ada atau mungkin jugak sebagai amaran kepada peminjam2 yang lain yang menjadi pelanggan kumpulan AhLong ni. Konfom pelanggan mereka lepas ni akan bayar hutang secepat mungkin sebelum badan mereka berkecai penangan bom tangan sebab lambat bayar hutang.

Kat negeri2 lain dalam Malaysia ni rasanya tak advance macam negeri Perak atau mungkin geng2 AhLong ni ada rangkaian di seluruh negara cuma dekat Perak jer mereka berani nak main bom, maklum la Menteri Besar Perak pun berkuasa atas lantikan mahkamah. Jadi mereka fikir mungkin mereka boleh deal jika ada sabitan kat mahkamah. Duit banyak, nak upah lawyer paling handal dalam negara pun tak ada masalah. Dan mungkin mereka rasa mahkamah kat Perak ni pun boleh dibeli asalkan disediakan wang yang mencukupi untuk menutup mulut semua orang.-MP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...