14 Mei 2012

Malang, ada menteri pun jenis Bangang

Majlis Peguam nafi prejudia, peguam boleh undi tidak percaya

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Majlis Peguan menafikan tuduhan menteri Kabinet yang mengatakan mereka bersifat prejudis dan perlu dibubarkan, sebaliknya menegaskan badan tersebut bersuara atas hak perundangan dan hak asasi manusia.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuduh Majlis Peguam “merosakkan kredibiliti dan integriti badan berkenaan” apabila mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) secara tertutup Jumaat lalu yang mana mengutuk tindakan polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan perusuh ketika perhimpunan Bersih 28 April lalu.

Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata badan guaman tersebut “perlu dibubarkan kerana membawa keburukan kepada profession guaman” dan mencetuskan sebuah akademi di sisi undang-undang untuk semua graduan undang-undang selepas Peguam Malaysia juga memutuskan untuk menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan ketua polis.

Namun Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider semalam, badan berkenaan “tidak boleh dibubarkan” di bawah Akta Profession Guaman “namun ahlinya boleh membuat usul tidak percaya terhadap ahli Majlis, yang mana pernah berlaku sebelum ini namun ditolak.”

Belia mempertahankan hak badan berkenaan untuk mengadakan EGM dan menegaskan peguam perlu bersuara “menentang sebarang keganasan terhadap hak asasi manusia dan melanggar undang-undang.”

“Saksi Krisis Perundangan 1998, resolusi pada 1998 menentang kekejaman polis sewaktu reformasi, berarak untuk keadilan, dan sebagainya,”
katanya dalam satu kenyataan emel.

Lim berkata, menteri seharusnya membaca laporan Majlis Peguan sebelum mereka melihat ianya berdasarkan “pemerhatian kumpulan pemerhati sekurang-kurangnya 80 ahli Majlis Peguam.”

“Ia mengakui pemantauan pihak polis yang baik dan memudahkan perhimpunan aman di Johor Baru, Kuantan, Melaka dan Ipoh, dan pemerhatian tidak keganasan dan biadap sesetengah peserta.

“Apa yang lebih penting, adakah pemerhatian pihak keganasan polis (sekurang-kurangnya tiga ahli Majlis Peguam menjadi mangsa) ... penggunaan gas pemedih mata dan meriam air secara berleluasa (tanpa amaran atau keperluan dan laluan keluar). Pihak polis tidak belajar dari kesilapan masa lalu,” katanya.

Beliau menambah, dua cadangan pada 1996 dan 2002 untuk meminda akta itu bagi “menghadkan kebebasan Peguam dan Majlis Peguam melalui penubuhan Akademi Undang-undang” telah ditentang oleh resolusi Majlis Peguam Malaysia. “Menteri berkenaan hal ehwal undang-undang kemudiannya setuju dengan kedudukan majlis tersebut, dan kami tidak melihat keperluan ianya untuk diubah,” katanya.

Lim menambah, peguam perlu bebas untuk membentuk persatuan mereka sama seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Kesatuan Peguam Katholik, namun “ hanya Majlis Peguam dikuatkuasakan di bawah akta untuk menentukan, menetapkan piawaian, mengawal selia dan mengeluarkan sijil pengesahan.”

Beliau turut menegaskan “laporan akhir dan resolusi bukan dari Majlis Peguam, sebaliknya kesatuan. Kami berharap menteri akan memberikan kami peluang untuk menerangkan kepada mereka, kerana pintu perbincangan sentiasa terbuka.”

Majlis Peguam meluluskan resolusi Jumaat lalu selepas hanya 16 daripada 1,207 peguam mencadangkan resolusi berkenaan, yang mana mengandungi hasil dakwaan laporan leganasan polis terhadap polis dan media.

Sejumlah 939 undi direkodkan dalam sokongan terhadap resolusi terbabit. Majlis Peguam mempunyai keahlian sekitar 14,000 ahli.

Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan mengarahkan peserta untuk bersurai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...